Wednesday, September 19, 2012

Di sekitar laman

Hujan turun. Aku menjenguk ke luar. Rasa seperti ingin duduk di luar rumah. Aku suka hujan. Bunyinya, bau udaranya... Aku pun segera mencapai sketchbook dan drawing pen aku, lalu mengambil tempat di atas bangku plastik di depan rumah ku. Jadi, silalah lihat hasil-hasil yang aku dapat dengan meluangkan masa di laman siang tadi.

Satu sudut di laman rumah aku.



 Apakah ini?
Cuma batu-batu dan pasu yang terbalik, 
dengan tumbuhan yang memanjat sekelilingnya.



 Bunga ungu kecil.
Pari-pari di sebelahnya tak wujud ya.
Cuma aku rasa tumbuhan yang kecil dan comel ini bagaikan fantasi.
Maka aku tambahlah pari-pari di situ.




Di seberang jalan depan rumah,
aku terlihat seekor burung di atas dahan.
Cepat-cepat aku lakarkannya sebelum ia terbang pergi.



Itu saja. Tidak banyak pun. Inilah yang aku dapat dengan laman rumah aku. Mungkin lain kali aku melukis di tempat lain pula. InsyaAllah...




Monday, September 17, 2012

Pelawat dari Pennsylvania dan Ontario

Baru-baru ini, aku sedar ada pelawat dari Pennsylvania dan Ontario singgah di blog aku.



Aku pun tersenyum puas hati
sambil berkta:
"Budak berdua tu rindu aku. Haha.."


*Bagi yang tak tahu, pelawat tersebut ialah dua orang adik aku.

TULEN, pameran kartun Malaysia

Selepas pulang dari rumah kawan Umi dan Abah tadi, aku meminta Abah agar membawaku ke Balai Seni Visual Negara. Ada pameran kartun yang aku ingin pergi dan minggu ini merupakan minggu terakhir untuk pameran tersebut. Tambahan pula, kebetulan sudah berada di Kuala Lumpur, molek juga jika dapat singgah sebentar di situ. Syukur, Abah membawaku ke sana. Tercapai juga hasrat ingin melihat pameran tersebut.

'Tulen, Pameran Kartun Malaysia' namanya. Kartunis-kartunis yang terlibat, semuanya nama-nama lama dan gah. Karya-karya yang biasa dilihat dalam buku semasa aku belajar 'Cartoon Studies' dulu juga dapat dilihat di sini. Tak menyesal datang.

Memandangkan mereka kartunis lama, style mereka berbeza dengan kartunis-kartunis muda hari ini. Ya, aku boleh nampak perbezaannya walaupun aku tak tahu bagaimana untuk menjelaskannya. Terfikir juga.. Andai satu hari nanti, apabila aku sudah tua, adakah anak-anak muda melihat style aku sebagai style lama? Eh, berangan jauh pula. Aku ni belum layak digelar kartunis. Belum menerbitkan apa-apa kartun. InsyaAllah, tak lama lagi. Sedang berusaha untuk gelaran kartunis.







***
Cerita pameran 'Tulen' dah tamat. Nak cerita kisah lain pula. Satu kisah yang panjang dan bosan, sila jangan baca. Kalau baca juga, anda akan berasa bosan. Ok?

Aku sudah melukis komik, seingat aku, sejak aku darjah tiga. Ketika itu, komik tu hanya kawan-kawan yang baca, dan di buat dalam buku latihan sekolah yang bergaris-garis tu. Ketika itu, Umi selalu pesan :"Buat lah atas kertas kosong, jangan buat atas kertas garis-garis.." Ketika itu, apabila ditanya adakah aku ingin menjadi pelukis komik, aku jawab, tidak. Aku berangan untuk menjadi animator sebenarnya. 

Walaupun aku kata aku tidak ingin jadi pelukis komik, tapi aku tak pernah berhenti melukis komik. Ketika di sekolah menengah pun, kawan-kawan masih membaca komik aku. Semuanya berubah setelah aku masuk Fine Art.

Bila berada dalam golongan Fine Art, entah kenapa, aku rasa malu untuk mengaku aku ni melukis komik. Terukkan aku? Malu sebab itu pula. Entah kenapa, aku rasa melukis komik tu tak cool.  Bayang kan, dalam banyak-banyak kerjaya, kerjaya lain banyak yang boleh disebut dengan bangganya. Contohnya: 
"Saya seorang doktor"
"Saya seorang arkitek"
"Saya seorang guru"
Tapi, kerjaya kartunis, lain sikit bunyi nya.
"Err.. saya seorang kartunis je..."

Aku mula fikir pendapat orang sekeliling. Apa cikgu-cikgu di sekolah ku kata jika mereka tahu aku menjadi kartunis? Adakah mereka akan kata :"Belajar tinggi-tinggi untuk lukis kartun je?" Tapi itu pendapat aku yang dulu je. Sekarang tak. Sekarang aku malu sebab aku pernah berpendapat sedemikian. 

Aku berubah setelah aku kenal dia. Ya, dia... Dia tu siapa? Hehe.. hubungan aku dan dia, hanyalah lecturer dan pelajar. Aku pelajar manakala dia lecturer. Dia seorang yang hebat. Dia seorang yang berilmu dan.. dan... err.. perkataan apa sesuai nak gambarkan dia ya? Hmm.. kesimpulannya, dia sangat hebat lah. Aku kagum padanya. Tapi, walaupun hebat, dia begitu rendah diri dan lembut tutur bicara. Dia sangat cool. Tak ada manusia lebih cool dari dia. Hehe.. ini pendapat aku lah. Mungkin orang lain tidak sependapat.

Kemudian, aku dapat tahu bahawa dia juga berlatar belakangkan Fine Art. Malah dia juga pernah melukis komik. Nampak bagai ada persamaan dengan ku di situ. Apa yang beza ialah, dia tak malu mengaku dia pernah melukis komik. Kenapa aku malu? Dia pun belajar tinggi-tinggi dan melukis komik. Dia menyokong aku melukis komik. Itu sangat memberi semangat kepadaku. Bayangkan, orang yang aku kagumi menyokong apa yang aku buat. Memang hatiku berbunga-bunga lah. Terkenang saja sudah cukup untuk buat aku tersenyum.

Satu hari, ketika aku bersembang dengan dia, aku berjanji bahawa aku akan datang jumpa dia setelah aku terbitkan komik pertama aku nanti. Aku berjanji akan tunjukkan komik pertamaku padanya. Kemudian dia berkata: "Komik belum siap pun, boleh datang jumpa untuk tunjuk." Aku tersenyum. Tapi aku berazam, kalau boleh, biarlah sudah terbit komik baru berjumpanya. 

Kini aku dah tamat belajar. Selalu juga teringatkan dia. Tapi bagaimana nak jumpa dia? Komik adalah satu-satunya ikatan aku dan dia. Kadang-kadang, aku cuba buat komik secepat mungkin, sebab teringin nak jumpa dia.

Dalam usaha menghasilkan komik. Tapi tak boleh janji sama ada mendapat hasil yang memuaskan atau tidak. Sedang berusaha selagi boleh. Doakan aku ya semua...






Saturday, September 15, 2012

Aku, Sang Ular dan Kucing Putih



Sekumpulan monyet masuk menyerang melalui jendela. Aku terus mencapai sebatang kayu panjang yang ada berdekatanku dan menjadikannya senjata untuk melindungi diri dari monyet-monyet yang ganas itu. Sedang asyik aku memukul monyet-monet yang cuba menghampiriku, mata ku terpandang ke arah seekor ular besar yang sedang menggigit seekor kucing putih.

Tanpa berfikir panjang, aku terus memukul ular tersebut untuk menyelamatkan kucing putih yang masih berada di mulut ular itu. Berdarah kepala ular itu. Kemudian, ular itu memandang ku dengan wajah yang kasihan. Barulah aku teringat sesuatu yang penting! Ular itu adalah ular peliharaanku!!! Aku bela ular itu selama ini. Mengapa aku cederakan dia demi menyelamatkan seekor kucing putih yang bukan milikku?

Tapi, semuanya sudah terlewat. Tak guna menyesal sekarang. Ular itu sudah mati.


***

Itulah cerita untuk lukisan aku yang di atas tu. Sebenarnya, semuanya bermula dari satu mimpi yang dapat melalui tidur saja. Disebabkan aku asyik terbayang-bayang mimpi tu, aku hasilkan lukisan berdasarkan mimpi tersebut. Peristiwa ni sudah lama. Lukisan itu pun bertarikh 6 September 2012. Apabila aku menceritakan mimpi tersebut kepada Umi dan kakakku, mereka ketawakan aku. 

Kenapa aku berkongsi cerita ini di sini? Sebab aku dapat satu pengajaran dari cerita ni. Pengajarannya ialah, Jangan kerana ingin melindungi sesuatu yang bukan milik kita, kita kehilangan sesuatu yang sememangnya milik kita. Betul tak? Buat masa sekarang, aku rasa bagai sedang kehilangan sesuatu. Harap-harap lah tak... 






Friday, September 14, 2012

Ilham juga pergi...


Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali bangun pagi, aku akan ke bilik kakak ku. Lihat sama ada dia sudah bangun atau masih tidur. Pagi tadi, aku meneruskan rutin yang sama walaupun aku tahu pagi ini tak mungkin sama dengan pagi-pagi sebelum ini...


...kerana kakakku, Ilham sudah tiada di bilik ini.



..yang tinggal hanya aku tercegat lagi di situ walaupun aku tahu benar dia tiada. Dia sudah ke Sarawak sejak semalam lagi. Mengapa aku tetap menjenguk ke biliknya? Adakah aku berharap keajaiban berlaku, tiba-tiba dia akan muncul di situ?

Hehe.. Bagaimana dengan mukadimah ku? Agaknya boleh buat kakakku baca sambil mengalirkan air mata dan air hidung tak? Baiklah, begini ceritanya, kakakku Ilham, dapat kerja di bumi kenyalang tu. Selepas dua adikku ke negara orang, kini kakak ku pula ke Sarawak. Pagi semalam aku dan Umi menghantar dia ke KLIA. Nak lihat gambar dia di KLIA semalam? Inilah kakakku Ilham:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Opss... Tersilap. Maaf. Maksud saya.. 
Ini dia:



Kakak saya yang tudung putih ni.
Yang baju kuning di belakang tu, saya tak kenal. Tak tahu kenapa dia posing pulak..



 Nak juga letakkan gambar sendiri.
Ni pinjam cermin mata hitam Umi.
Lepas tu rasa diri ni Datin. Opss.. Hehe..


Ok, itu saja. Kakak aku punya cerita apabila sampai di Sarawak, boleh baca di SINI.