Saturday, October 13, 2012

Hari Pertama Kerja

Ramai pula yang tanya ku bagaimana dengan hari pertama aku kerja. Tapi tidak mengapa. Aku gembira ada yang bertanya. Terasa diri dipedulikan. Cewah.. Ayat macam lah sebelum ni tak dipedulikan. Hehe.. Terima kasih kepada semua yang bertanya. Di sini, aku akan ceritakan segalanya.

Adik ku memberi aku ayat ini setelah baca entri blog ku yang lepas:

"Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." (65:2-3)


Setelah baca ayat tersebut, faham lah aku mengapa peristiwa aku mendapat kerja ini bagai sebuah keajaiban. Ya, semuanya kuasa Tuhan. Syukur... Mengapa aku kata bagai keajaiban? Sebab aku tak tahu langsung menggunakan apa-apa software, Mac pun tak pernah sentuh, tablet pun tak reti, aku hanya berbekalkan drawing aku pergi minta kerja. Nasib baik mereka sudi mengajar aku semua yang aku tak tahu itu.

Hari pertama aku kerja, (iaitu semalam) aku diajar dan diberi latihan untuk menggunakan software yang aku tak tahu tu. Sepanjang hari masa aku habiskan untuk melakukannya. Aku sedar, ianya satu tempoh yang panjang juga aku ambil. Aku juga sedar yang dalam bidang ini, semuanya perlu cepat. Jadi, aku akan cuba untuk lebih cepat. Saat ini, aku masih belum biasa dengan software tersebut. Tapi, leganya aku. Begitu sabar mereka mengajar aku satu persatu. 

Segala-galanya dalam bidang ini, masih baru untuk aku. Tidak seperti semasa aku mula mula masuk Fine Art dulu. Sekurang-kurangnya dulu, aku sudah ada prinsip-prinsip dan asas seni sebelum masuk Fine Art. Ini tidak. Tak ada satu basic pun dalam diri aku mengenai apa yang aku buat ni. Tapi masih ada sangkut paut dengan Fine Art laa.. Kalau tidak, tak mampu aku.

Okay, tak mahu cerita lebih-lebih. Bosan pula nanti anda nak membacanya. Keseluruhannya, aku sedang gembira dengan keadaan sekarang. Masih banyak yang perlu dipelajari. Semuanya aku nak tahu!!!! Peluang yang ada ni, akan aku guna sebaik-baiknya. Mungkin ini peluang untuk aku jadikan impian masa kecilku satu realiti. InsyaAllah...




Wednesday, October 10, 2012

Kisah Cari Kerja



Sudah tiba masanya aku mencari kerja. Apa lagi nak buat, kerja itu perlu. Degree sudah tamat. Aku bermula dengan mencari dengan internet. Hantar emel sana sini. Agak lama juga tak ada sebarang jawapan. Tapi, aku selalu percaya, rezeki itu ada, aku cuma perlu cari.


Interview pertama

Satu hari, aku mendapat satu tawaran interview. Interview melalui skype saja. Canggihnya! Mudah betul zaman sekarang. Memandangkan cuma skype secara online, aku pakai seluar tidur pun tak apa. Bukan nampak. Baju, tudung dan solekan lain semua elok, tapi seluar tidur. Canggihnya aku.



Setelah sesi interview itu tamat, aku rasa nak dush dush dush je diri aku. ('Dush' itu sound effect) Sebabnya, baru aku tersedar akan 'kesengalan' diriku. Yang aku ni bekas pelajar Fine Art, yang pergi minta kerja photography tu kenapa? Memang tak dapat lah kan...


Interview kedua

Alhamdulillah, tak lama selepas interview pertama, aku mendapat interview lagi. Kali ni bukan guna skype dah. Kena pergi ke alamat company tersebut. Di sinilah, satu episod misteri bermula. (Sila baca dengan bayangkan bunyi seram sebagai latar) Al-kisahnya, satu hari, aku mendapat panggilan dari Company Misteri (Bukan nama sebenar) Setelah bersetuju untuk hadir, aku google la di internet untuk mencari latar belakang syarikat tersebut. Yalah, kita kena tahu sedikit sebanyak mengenai sesuatu syarikat yang kita ingin bekerja, betul tak? Apa yang anehnya ialah, tiada data langsung boleh ditemui dalam internet mengenai Company Misteri itu melainkan hanya alamat lokasi mereka. Malah, bisnes apa yang dijalankan oleh Company Misteri juga tak diketahui.

Kakak aku larang aku pergi interview itu sendirian. Risau betul dia. Macam-macam kemungkinan buruk bermain dikepalanya. Memandangkan aku adalah adik kesayangannya, (Hehe.. ye kan Ilham?) aku pun dengarlah nasihat dia. Aku ajak seorang rakan lelaki menemani aku ke sana. Pergi dengan lelaki lebih selamat kot.





Akhirnya, aku sampai ke lokasi Company Misteri, setelah meredah hutan belantara dan lautan samudera. Ok, maaf, exaggerate sikit. Sebenarnya, naik KTM dan Teksi je, sampai lah. Setelah sampai ke lokasi Company Misteri, rupanya tak misteri mana pun. Biasa-biasa je. Misteri lagi diriku ini.

Interview di Company Misteri berjalan lancar. Tapi malangnya, lagi sekali aku rasa nak dush dush dush diri ku. Yang aku ni bekas pelajar Fine Art, sungguh berani apply kerja grafik. Memang tak dapat laa...


Interview ketiga

Aku sudah letih menunggu balasan melaui emel. Maka kali ini aku mengambil tindakan drastik. Dengan muka tak malu dan tak dipelawa, aku serbu satu company secara tiba-tiba untuk minta kerja. 



Tapi sekurang-kurangnya, aku lebih bijak daripada aku yang sebelum ni. Aku serbu untuk kerja yang kena dengan bidang dan skill aku. Alhamdulillah, interview itu berjalan lancar. Cuma ada suara perli: "Kenapa tak call dulu?" Lalala... tak dengar... Tapi, agaknya bukan rezeki aku, aku tak dapat jawapan dari mereka.

Aku kembali menjalani hari-hari biasa di rumah bersama kucing-kucing. Aku percaya, biarlah lambat dapat kerja, mungkin Tuhan akan beri satu kerja yang betul-betul kena dengan jiwa aku. InsyaAllah penantian aku tak akan sia-sia. Ya, aku percaya! (Muka penuh semangat)

Tidak lama kemudian, kawan Degree aku, lepas sorang, sorang, mula mendapat kerja. Hati aku jadi gelisah sikit. Tak apa kah aku menganggur lama begini? Saat hati ku gelisah, muncul rakan karibku semenjak sekolah rendah. Tira namanya. (muncul di facebook, bukan depan mata) Aku tak cerita padanya bahawa aku gelisah tak dapat kerja, aku cuma kata belum kerja saja. Tapi dia mengeluarkan satu kenyataan yang membuatkan hati aku gembira. Katanya: "Tak apa, rugi siapa tak ambil amna kerja" Hehehe... Nak ketawa rasanya mendengar kata-kata sebegitu. Betul juga tu. Rugi siapa tak ambil aku kerja! (Err.. ni bukan riak ye, ni ayat pujuk hati, tolong faham!)

Interview keempat

Akhirnya, aku dapat satu lagi interview. Interview kali ini, semuanya berlaku sekelip mata, seolah-olah ada kuasa yang mengaturkannya! Tentulah, kuasa Tuhan, Allah SWT. Ianya berlaku terlalu pantas. Satu hari, aku menghantar semula resume dan portfolio ku ke satu company ini. Pernah hantar sekali dulu, tapi tiada jawapan. Tapi, aku cuba juga hantar lagi sekali. Siapa sangka, keesokan harinya aku dipelawa untuk interview. Pada hari interview, segalanya berjalan lancar. Rancak saja aku berbual semasa interview. Walaupun English ku tunggang langgang, aku selamba je langgar dengan lagak konon tak ada kesalahan dalam grammar ku. Keesokan hari selepas hari interview pula, aku terus mendapat panggilan memberitahu bila tarikh aku patut mula bekerja. Mudah bukan? Lebih mudah dari mana-mana interview aku sebelum ini. 



Alhamdulillah... Ya, benar seperti apa yang aku percaya sebelum ini. Ada sebab mengapa aku dapat kerja lambat. Ini kerana, aku akan dapat kerja yang kena dengan jiwa aku. Macam mana nak tahu kerja ni kena dengan jiwa aku walaupun aku belum masuk kerja? Entah. Kata hati agaknya. Lagipun, kerja ini buat aku rasa impian masa kecil ku dapat ditunaikan. Sungguh. Jangan tanya kerja apa atau dengan company apa. Aku belum bersedia untuk tulisnya di sini.

Begitulah kisah aku mencari kerja. Alhamdulillah, salah satu azam umur 22 aku, ialah mendapat kerja. Dah dapat. Syukur. Tapi kan, bila dikira-kira semula, rupanya tempoh aku menganggur, tak lama pun. Apalah aku ni, cepat bosan, jadi sangka aku dah lama menganggur.

Akan mulakan kerja. Bismillahirrahmanirrahim...



Tuesday, October 9, 2012

Keluarga Abby

Semenjak duduk rumah ni, aku rapat dengan Abby, kucing aku. Abby, atau nama sebenarnya, ABC, adalah seekor kucing betina yang comel masa kecil je, bila besar dah tak comel tapi aku tetap sayang. Haa,, panjang tak pengenalannya? Abby dilahirkan pada 14 Febuari 2008. Tentu Abby terharu sebab aku mengingati tarikh lahirnya. Tentu dia sendiri pun tak ingat pun tarikh lahirnya. Hehe... Tidaklah. Sebenarnya aku tak ingat pun. Cuma nasib baik aku ada tulis masa dia lahir dulu. 


Inilah gambar Abby:

Tak ada lah comel pun.. (Nasib baik Abby tak baca blog ni)
Tapi masa kecil dulu dia comel taw.


Abby berada dalam sebuah keluarga yang agak besar. Tapi kini tinggal beberapa ekor saja. Kebanyakannya dah pergi merantau, dah dikutip orang, atau dah meninggalkan dunia.

Abby dan keluarganya:

Abby ni anak kepada Keini. Keini adalah kucing paling tua dalam keluarga kucing aku. Umurnya kini dah cecah hampir tujuh tahun agaknya. Abby sendiri sudah berusia empat tahun. Abby ada adik beradik. Namanya Pep-Chan, atau nama sebenar, Pepsi. Dulu, Abby empat beradik kesemuanya. ABC, Pepsi, Sarsi dan Latte. Tapi, Sarsi dan Latte mati ketika masih kecil. Tinggallah Abby bersama satu-satunya abangnya yang kacak, Pepsi atau Pep-Chan. Abby adalah ibu kepada Toni dan Dibo. Dulu, Abby ada anak bernama Kembang dan Bubu. Kembang dan Bubu adalah kucing kesayangan aku, tetapi dah mati. Sayang yang teramat kepada mereka sebenarnya. Kini, mereka berlima sahajalah yang ada. Abby, Pep-Chan, Toni, Dibo dan Keini.



Ini salah seekor anak Abby.
Dibo nama diberi.
Dia betina.


Ini lagi seekor.
Toni.
Dia jantan.




 Yang gagah perkasa,
bergambar macam kononnya dia sang harimau ni,
namanya Pep-Chan.
Abang kepada Abby. (Abang ke adik, lantaklaa.. diorang lahir serentak)



Hehe.. Itu saja. Sengaja nak tunjuk gambar kucing. Tapi, aku memang sayang Abby. Dah lah pandai. Nampak aku je, mengiau. Macam bagi salam pula. 






Friday, October 5, 2012

The Phantom of the Opera

Phantom of the Opera... Aku masih ingat cerita yang dipelajari sebagai subjek literature semasa tingkatan dua dulu. Ia sememangnya cerita kegemaran aku sehingga hari ini. Malah, movie nya juga menarik. Minggu lepas,  TV2 menyiarkan cerita tersebut. Walaupun dah pernah menontonnya satu ketika dulu, aku tetap ternanti-nanti cerita ini disiarkan di TV. Selepas itu, aku menghasilkan doodle Phantom of the Opera. Sebab aku suka sangat!!!

 Phantom of the Opera.
Lukis spontan je ni. Lukis semasa tunggu giliran di hospital.



Ceritanya berbentuk muzikal. Setiap dialog dalam lagu. Kostum cantik-cantik. Set pun cantik. Pelakon pun cantik!
 The Phantom




Christine Daae.

Christine Daae sangat cantik. Suka tengok muka dia. Walaupun pernah ada orang kata muka Christine Daae ni macam aku, tapi sebagai tuan badan aku menafikannya lah. Tak sama pun. Oh ya, bukan kerana tu aku suka cerita ni ya? 


Salah satu babak.


Terus terang, aku jatuh cinta la dengan The Phantom ni. Dia cool dan misteri. Sering tinggalkan bunga ros merah yang diikat reben hitam untuk Christine Daae. Tapi, cool macam mana pun dia, dia tetap watak jahat. Banyak membunuh orang dan pentingkan diri sendiri, semua harus ikut kehendak dia, panas baran. Kalau semua sifat negatif dia tu tak ada, dia sempurna. Hehe..


Kini, sebaris lagu dari cerita ini sering terngiang-ngiang di telinga ku....


"The Phantom of the Opera is here... Inside my mind..."

Wednesday, October 3, 2012

Sang Perantau



Penyu merupakan hidupan yang merantau sekeliling dunia.
Tapi akhirnya, akan pulang juga ke pantai tempat dia dilahirkan dulu.