Thursday, September 8, 2011

Kenali Impressionist


Lebih kurang setahun yang lepas, aku pernah mencari info mengenai 'Impressionst'. Bukan kerana tugasan apa-apa pun, sekadar nak tahu je. Aku cari buku di perpustakaan, aku tanya senior-senior, dan akhirnya, aku berhenti apabila aku mula sibuk dengan tugasan lain.

Beberapa hari lepas, aku baca buku ini: 'Linnea in Monet's Garden'. Buku yang menjawab semua persoalan aku selama ni. Jadi, aku nak buat sedikit ulasan untuk buku ni. Ulasan? hehe.. Konon profesional yang nak buat ulasan buku laa..

Buku ini adalah bahan bacaan kanak-kanak. Tapi, aku rasa, ia sesuai je untuk sesiapa yang baru nak mengenali Impressionist. Malah, untuk orang yang luar bidang seni juga sesuai baca ni. Ia benar-benar memperkenalkan Imprssionist dari definisi, sejarah, gaya lukisan dan pelukisnya. Sesiapa yang tak ada pengetahuan asas seni pun boleh memahaminya.

Oleh kerana ini buku kanak-kanak, ia disampaikan dengan cara menunjukkan cerita mengenai seorang kanak-kanak perempuan bernama Linnea, yang melawat tempat-tempat yang berkaitan dan melihat karya-karya agung tersebut.

Lihat tajuk pun dah tahu, artist yang dikenalkan dalam buku ini tentulah Monet. Agak menarik, terdapat juga cerita mengenai personaliti Monet, dan keluarganya.

Malah, buku ini turut memberitahu tempat-tempat di Paris yang boleh dilawati untuk mengenali artist ini. Apa nak buat? Sekarang aku teringin nak lawat rumah Monet beserta tamannya itu!!

Kalau berminat, anda semua bolehlah cuba cari buku ni. Kalau tak jumpa, cari je lah apa-apa buku pasal Impressionist. Ok, sekian.. nak berangan duduk dalam taman Monet sekejap.

Tuesday, September 6, 2011

Kisah Si Kacak-Kacak

Lebih kurang seminggu lagi, aku akan pulang ke UiTM. Jadi, buat masa ni, aku duduk di rumah sahaja. tak buat apa. Tiba-tiba rasa nak bercerita mengenai kacak-kacak milik ku.

Bagi mereka yang ada membela kucing, pasti sudah faham dengan perangai kucing jantan begini. Kucing jantan, apabila sudah jadi kacak, (dalam erti kata lain sudah dewasa) akan meninggalkan rumah, lalu pergi merantau entah ke mana. Betul kan?

Kucing jantan aku, semuanya begitu. Lepas satu, satu pergi merantau. Tapi, sudah tentulah, mereka sangat kacak! Tak percaya? Ni aku sertakan gambar mereka:

Dari kiri: Pep Chan, Kopi, dan Keiko.




Keiko dah lama tak pulang. Sejarah Keiko ni, masa kecil dulu, dia boleh tidur di atas air. Tak pernah aku jumpa kucing macam ni.



Seterusnya, Kopi. Kopi ni, walaupun sekarang kelihatan gagah, tapi masa kecik dulu, dia sangat lembik. Adik aku main main dengan dia macam main teddy bear. Kopi sikit pun tak melawan. Rela je. Tapi, sebaik sahaja Kopi menjadi gagah, dia tak pulang ke rumah lagi dah.


Pepsi atau Pep Chan, sangat lah kacak dan gagah. Sebenarnya, masa dia kecil dulu, dia dilahirkan dalam adik beradik yang comel. Jadi dia langsung tak menyerlah. Sedar-sedar, makin besar, makin kacak pula dia.

Pep Chan sudah jarang pulang ke rumah. Tapi sekali sekala, nampak juga batang hidung dia di kawasan berdekatan. Baru-baru ni, aku sempat mengambil gambar dia. Makin kacak!!!

Pep Chan (Pepsi)


Yang masih melekat di rumah ialah Bubu dan Kembang. Nakal dua ekor ni. Belum matang. Tak kacak pun.


Tapi, dah nampak semakin ke arah kacak laa.. Bila tengok gambar mereka kecil-kecil dulu, comel jer..


Kembang



Bubu.


Aku juga memiliki beberapa lagi yang 'bakal' jadi kacak. Sekarang ni dengan penuh sabar aku menanti anak-anak Abby untuk pandai berjalan.

Anak-anak Abby

Mereka ialah Icing, Maple, Butter dan Custard. (Disebabkan lahir pada bulan Ramadhan, TERpaksa lah letak nama-nama bahan biskut raya) Mengikut tilikan aku, tiga daripada mereka akan jadi kacak, satu lagi akan jadi jelita. Tak tahu lah tepat atau tidak tilikan aku ni. Kenalah sabar menanti mereka besar~

Begitu lah kisah kaca-kacak milik ku. Korang ada?


*Aku banyak bercakap pasal kucing kan? Biarlah.. Aku suka!! Haha..


Monday, September 5, 2011

Roronoa Zoro

Baru-baru ni, aku TER minat One Piece pulak. One Piece, anime yang agak popular lah jugak. Aku dah biasa dengar namanya, tapi tak pernah terfikir untuk tontonnya. Namun, awal tahun ini, entah bagaimana aku boleh terjebak dalam dunia One Piece. Serius, best sangat!!!

Karakter yang menambat hati aku dalam cerita ini ialah Roronoa Zoro. Dia sangat cool, berani, yakin dengan diri sendiri, agak ego, dan misteri. Kenapa aku boleh bagi gelaran 'misteri' kepada dia? Suka hati aku la.. Sebab aku suka dia!!! Suka!

Tak perlu cerita la pasal cerita One Piece. Sebab aku yakin ramai yang tahu. Kalau tak tahu, boleh lah cuba tengok. Takkan menyesal lah..


Roronoa Zoro






Oh ya, untuk pengetahuan korang, ada watak baru akan muncul dalam cerita One Piece taw. Watak tu akan jadi teman wanita kepada Roronoa Zoro. Watak tersebut ialah.....



Gadis Misteri!


Haha.. percaya tak? percaya tak?
Apa? Tak percaya?
Biarlah.. aku tak rugi pun kalau korang tak percaya.
Hehe.. sekian saja untuk kali ini..

Saturday, September 3, 2011

Hari yang riuh -Bahagian 2


Sambung kisah di kampung bersama kanak-kanak ni semua.. Ini adalah sambungan kisah: Hari yang riuh.

Ada sorang anak sepupu aku ni, namanya Amal. Dia budak yang bijak. Dia tahu macam-macam. Usianya 10 tahun. Dia peramah, mudah didekati... Dia juga jenis yang cepat belajar. Adik aku ajar dia pelbagai tarian, dan dengan mudah dia dapat ikut. Dari tarian poco-poco, tarian zapin, hinggalah ke tarian k-pop, semua dia ikut je.

Tapi, kemudian aku tahu yang budak pandai sebenarnya merbahaya. Kerana terlalu pandai, entah bagaimana dia dapat tahu kelemahan adikku, Tonah, iaitu mudah geli jika disentuh di bahagian tertentu. Selepas itu, pandai pula dia teka yang aku juga memiliki kelemahan yang sama. Selepas itu, aku jadi mangsanya. Dia berusaha untuk sentuh tempat yang menjadi kelemahan aku tu. Tempat apa tu, rahsia laa.. Habis la kalau semua orang tahu kelemahan aku. Adoi.. Hehe.. Menjerit aku melarikan diri dari Amal.




Itu kisah Amal. Ini pula kisah adik kepada Amal, iaitu Amna. Namanya Amna, sama nama dengan aku. Maka, dalam keluarga kami, terdapat dua Amna. Aku digelar Amna Besar, dan dia ialah Amna Junior.

Disebabkan nama kami sama, Amna Junior pun tanya lah: "Apa nama penuh Kak Amna?" "Amna Syakira," jawabku. Dia pun balas "Syakira? Shakira Waka.. Waka.."

Pandai betul budak ni.. Baru lapan tahun dah tahu Shakira Waka Waka? Korang tahu? Alaa.. penyanyi Shakira tu laa...





Dalam ramai-ramai mereka, terdapat satu geng. Mereka boleh jadi satu geng kerana ketiga-tiga mereka sama usia. 10 tahun. Mereka ialah Amal, Aimi, dan Najaa. Amal dan Aimi adalah sepupu. Manakala Najaa ialah adikku. Ini menjadikan Najaa dikatogerikan sebagai 'Mak Cik' mereka. Tapi, mereka bukan faham pun pasal pangkat 'Mak Cik' tu.. Biarlah.. Asalkan mereka tahu yang mereka sekeluarga, cukuplah..

Susah nak ambil gambar mereka bertiga. Asyik nak buat posing hodoh je. Huh~ Sabar je lah.. Haha..




Aku tak tahu kenapa, kanak-kanak semua ni asyik keliru antara aku dan adikku Tonah. Nasib laa.. Pandai-pandai lah korang teka mana satu aku, mana satu Tonah.





Sudah tentu, mereka semua sangat riuh. Tak tahu apa cara nak bagi mereka senyap sikit.
Kemudian, kami dapat tahu ada seseorang yang boleh buat mereka semua senyap. Siapa tu? Kami pun tak dapat buat mereka senyap.

Kami terdiri daripada:
Kakakku (Ilham), Aku, Diba, Tonah



Nampaknya, keempat-empat kami kalah kepada dia:










Kak Limah

Ooo.. pasang je cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, senyaplah mereka. Haha.. Hebatlah Kak Limah. Boleh buat mereka senyap.


Akhirnya, tibalah saat perpisahan. Kami adik beradik harus pulang. Jadi anak-anak sepupu semua bersalaman dengan kami. Tiba-tiba, salah seorang dari mereka peluk aku. Wah~ Terharu!!! Teka siapa yang peluk aku?



Alman!

Alman yang peluk aku. Siapa sangka? Haha.. Tapi, aku pun kurang pasti. Betul ke Alman yang peluk aku? Atau sebenarnya Aimi (Kakak Alman). Aku pun dah ingat-ingat lupa kerana semuanya berlaku sekelip mata.


~TAMAT~



*Atas permintaan, aku siarkan wajah sebenar kesemua kanak-kanak yang terlibat dalam cerita ini.

-Najaa merupakan adik aku.
-Ilyas ialah anak Mak Cik aku.
-Yang lain (nama bermula huruf 'A') semuanya anak-anak sepupuku.

Thursday, September 1, 2011

Hari yang riuh



Cerita kali ni agak panjang. Jadi, aku tak kisah ada orang nak baca ke tak. Saja cerita untuk kenang balik di hari tua nanti. Ceh.. ayat nak drama. Hehe, tapi, kalau ada yang nak baca pun, tak kisah...

Rumah Tok akan bising setiap kali raya. Sebab ramai kanak-kanak. Kami, cucu-cucu Tok dah besar. Yang kanak-kanak ialah generasi cicit Tok.

Dalam ramai-ramai kanak-kanak yang ada di rumah Tok aku pada hari raya kedua ni, aku paling suka Ilyas! Bukan semata-mata kerana rupa kacaknya ye.. Ini adalah kerana ketika budak-budak lain sibuk bermain, Ilyas menemaniku menjamu kuih raya. Aku rasa terharu sekali. Rasa macam dia beri perhatian pada ku. Tapi, seketika kemudia, barulah aku sedar. Ilyas sebenarnya suka makan! Sampai ke petang, aku asyik nampak dia makan je...



Ini pula kisah Alman. Anak sepupu ku. Pada satu hari di hari raya, aku tonton cerita Merlin. Korang tahu kan cerita Merlin?


Tiba-tiba Alman datang kacau. Aku angguk je pada soalan dia, sebab malas nak jawab... walaupun, soalannya, tak sepatutnya aku angguk...
Maka, Alman berlalu dengan salah faham terhadapku...



Nak cerita pasal Aisyah pula. Aisyah ni, budak yang paling comel atas muka bumi ni. Tak ada siapa lebih comel dari dia. Hehe.. Suara dia nyaring sangat. Kalau dia bercakap atau ketawa, memang lebih menonjol dari budak-budak yang lain.


Ada satu ketika, ada seseorang tu sedang minum sambil berdiri. Dengan suara nyaring nya, dia berkata: "Eii.. minum dengan setan!" Semua yang ada di tempat kejadian ketawa.




Sambung semula kisah Alman. Pada malamnya, aku tonton Merlin lagi.

Kemudian Alman muncul. "Kak Amna suka dia ni ye?" Kebetulan Alman tunjuk pada watak Arthur. Watak yang paling aku suka dalam cerita Merlin. Jadi, aku pun angguk laa..
Dengan gembiranya Alman berlalu pergi sambil kata Arthur tu suami aku.

Banyak lagi yang aku nak cerita. Ada ramai lagi budak yang belum disebut.
Nanti ada masa aku sambung.