Tuesday, June 14, 2016

Mekar Melati dan Cari Ganti

Untuk Rumble Mei di Sucomi, aku menyertai dengan menghantar dua karya. Walaupun aku telah memiliki karya yang disirikan di situ, iaitu Pendar Ratna, aku tetap pilih untuk menyertai juga. Kebetulan aku dapat idea yang bersesuaian dengan tema kali ini, lagi pula ini masanya untuk aku cabar diri aku adakah aku berkebolehan menulis cerita?



Kisah disebalik 'Mekar Melati'.

***
Satu ketika dahulu, aku pernah baca 'Hatred' karya Rahimi AF. Karya tersebut benar-benar menyentuh hatiku. Sejak itu, aku pasang niat, satu hari nanti, aku nak tulis karya mengenai dendam. Dendam, ramai anggap dendam tu perkara biasa. Orang buat jahat kepada kita, kita berdendam lah. Sebenarnya, dendam itu petanda hati tak bersih. 
***
Kisah lain pula. Dahulu, ketika sekolah menengah, aku merupakan pelajar aliran sains, yang kemudiannya mohon untuk tukar ke aliran sastera. Pertukaran tu, mendapat tentangan hebat dari segelintir manusia yang berfikiran cetek. Manusia yang fikir aliran sains lebih baik dari sastera. Sehingga pengetua pun, perli aku semasa di tapak perhimpunan. Sejak itu, aku pasang niat nak hasilkan komik yang menunjukkan tak salah berada dalam aliran sastera.
***
Pada suatu hari, sedang sembang-sembang dalam group Aretis United, seseorang bertanya begini: "Kalau couple, macam mana Allah kira dosa tu? Adakah sebaik sahaja pasangan tu declare couple, terus kira dosa?" Hmmm.. satu soalan yang aku tak boleh jawab. Bagi aku, walaupun couple tu haram dalam Islam, tapi kita tak berhak judge dosa mereka. Mungkin esok lusa mereka insaf dan berubah lebih baik dari kita?
***
Mekar Melati, sebuah komik yang bakal mengupas isu dendam, niat, aliran sastera, couple, baik, jahat dan sebagainya. Shahappy selaku pelukis, membantu untuk menjayakan cerita ini.


Baca Mekar Melati di sini.


*Ps: Ni bukan kisah aku lah. Aku tak pernah couple time sekolah. Couple dengan lelaki bersongkok pun tak pernah. Hahaha....




Cerita di sebalik komik 'Cari Ganti'.

Seringkali aku terdengar perempuan sekelilingku yang tak bersyukur dengan rupa sendiri. "Aku gemuk.." Katanya sedangkan dia tak gemuk. "Kau putih, untunglaa..." Sedangkan dia tak tahu aku kagumi kulit hitam manisnya. "Lawa giler Lisa Surihani" dia tak sedar bahawa dirinya lebih lawa dari Lisa Surihani. "Lelaki, pandang rupa cantik je..." Betul, tapi kecantikan itu berbeza beza di mata setiap orang.

Satu hari aku terdetik. Aku nak hasilkan komik mengenai rupa cantik. Adakah kau sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan kecantikan?

Sambil-sambil fikirkan idea cerita, aku terdengar lagu nenek si bongkok tiga dari filem Musang Berjanggut arahan P Ramlee, idola ku. Ting!!! Mentol menyala!

'Cari Ganti', sebuah komik terbaru dari Amna Shark, penulis Pendar Ratna. Bersama Oz Ishak selaku pelukis bagi menjayakan komik ini. Cari Ganti boleh dibaca di sini.

15 comments:

  1. Hmm bila boleh berkolaborasi dengan amna ni? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius ni? wow!!!! sebut je bila~~~~~ pergh.. kalau dapat collab dengan ben, memang meletop laa...

      Delete
  2. woo bnyk betul karya amna
    samaada sebagai penulis atau pelukis
    semoga banyak lagi karya2 dari amna

    ReplyDelete
  3. Amna memang power sebagai artis. Banyak cerita dia boleh buat. Macam macam ada. .. *tunggu sambungan Duga Jeladeri dengan Tiga Awek Penyiasat*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. alamak.. Hmm.. Yang Duga Jeladeri tu otw. Yang Tiga Gadis Penyiasat tu tak ada sambungan dah. Ehem... Origami Biru bila nak sambung?

      Delete
  4. Amna memang power sebagai artis. Banyak cerita dia boleh buat. Macam macam ada. .. *tunggu sambungan Duga Jeladeri dengan Tiga Awek Penyiasat*

    ReplyDelete
  5. wow

    serius 2-2 komik tu memang best..
    rasa macam kita pulak ada dlm diri dia orang tu..

    thumbsup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaaw.. terima kasih narul ali. Gembira bila cerita sampai ke pembaca.

      Delete
  6. Peeergh amna, kedua-dua komik one-shot tu mengasyikkan. Jalan cerita dan gaya lukisan untuk kedua-dua cerita tu padan dan compliment each other. Very good! Thumbs up for Amna Shark, Oz Ishak and Shahappy! X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wee~~~ terima kasih, terima kasih juga dari pihak pelukis.

      Delete
  7. Eksaited dengan Cari Ganti sebab pada aku cerita tu dah terbaik dah dalam form oneshot.
    Jadi kalau cerita tu disirikan, nak tahu jugak dapat tak episod selepasnya menandingi penangan episod pertama. Good luck for that, Amna.

    Mekar Melati pun best.
    Memang tak terkejut kalau dua-dua komik ni dapat lepas pun. Hehehe

    All the best, Amna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cEro.. sebenarnya, ni lah masalah amna. Cerita Cari Ganti tu asalnya memang cuma idea untuk one shot sahaja. Jadi, huhu.. entah apa akan jadi bila disirikan.

      Delete