Friday, January 29, 2016

Kanak-kanak


Beberapa hari lepas, semasa aku sedang belek-belek buku di sebuah kedai buku, seorang kanak-kanak perempuan meluru ke arah rak patung Barbie dan menyebut: "Uuu.. Barbie.." Kemudian diikuti oleh adiknya, "Uuu.. Barbie.." Dalam bayangan aku, aku pun nak sertai sebut: "Uuu.. Barbie.." Ya, dalam bayangan sahajalah. Tak buat betul-betul.

Aku perasan, diri aku ini selalu tertarik dengan banyak perkara yang kebudak-budakan. Kalau kedai permainan, kedai lego, aku masih lagi masuk. Masuk cuci mata saja lah. Tak beli apa-apa pun. Kalau di pesta buku, aku satu-satunya makcik tua yang berhimpit himpit dengan kanak-kanak kat bahagian komik. Aku cuba sedapkan hati aku.. Alaa Amna, kau suka permainan sebab kau kan dalam bidang kartun. Permainan dan kartun kan saling sangkut paut. Rupa permainan tu kan seperti watak-watak kartun. Kalau komik tu pula, normal lah. Kau kan pelukis komik, kenalah minat komik. Ayat aku menyedapkan hati sendiri.

Aku suka kanak-kanak. Setiap kali aku ternampak kanak-kanak, aku mula lah terbayang.. Agaknya pada umur berapakah aku akan dapat anak? Anak aku nanti comel macam aku tak? *ehem..ehem.. abaikan ayat ni* Kalau tak comel pun, tak apa. Tu mesti sebab bapak dia tak comel. *siapa entah bapak dia* Adakah dia sopan dan pendiam atau bising dan aktif? Mana-mana pun aku suka. Tapi, satu benda yang buat aku berhenti angan-angan tu sebab.. Hei, aku sendiri masih kanak-kanak. Macam mana nak didik anak?

Pernah tak semasa kecil, anda fikir bahawa orang dewasa itu membosankan? Aku selalu fikir begitu dahulu. Jadi apabila umur mencecah dewasa, ada suara kuat dalam diri ni yang menjerit: "Tidak !!!!" Kawan-kawan sekitar aku semua sudah jadi dewasa. Lepas seorang, seorang kahwin. Adik-adik aku sendiri sudah menjadi lebih matang dari aku. Bukan setakat matang, malah mereka adalah orang-orang yang berjaya. Aku masih di sini, tidak kecapi apa-apa kejayaan, duduk di rumah melukis komik sahaja. Aku bukan nak jadi seperti mereka pun. Aku memang mahu jadi begini sahaja. Ini adalah cita-cita aku. Duduk di rumah bersama kedua ibu bapa, dan aku hanya melukis. Alhamdulillah cita-cita menjadi kenyataan. Cuma, selama mana lagi aku mampu jadi begini? Nanti orang kata aku ni tiada masa depan pula.  Ceh.. Masa depan? Aku tak dapat bayangkan langsung masa depan aku bagaimana. Aku cuma mahu meninggal dunia dalam keadaan tanpa dosa langsung. Seperti seorang kanak-kanak. Bunyinya mustahil ya? Kerana aku cuma manusia biasa yang penuh dosa juga. Tapi, alang-alang dah tulis di sini, mari ramai-ramai doakan aku. "Ya Allah, biarlah aku mati nanti dalam keadaan tanpa dosa.. Amin.."

Aku selalu dengar ada orang yang berharap Peter Pan itu wujud. Pergi ke Neverland dan masa terhenti. Di sana kita tidak membesar. Sebenarnya, aku pun pernah berangan begitu. Tapi aku tahu, itu mustahil. Maka, hiduplah aku di muka Bumi ini dengan umur yang dah tua tapi jiwa masih kanak-kanak.

Dengan post ini, tentu ramai yang akan judge aku macam-macam. Tapi, ketahuilah, yang judge bukan-bukan itu, tandanya anda tergolong dalam golongan orang dewasa yang membosankan.

Sekian...


14 comments:

  1. Dunia dewasa sangat membosankan.. Jangan membesar, Amna.. Beli Barbie tu dan kekal muda selamanya~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mau beli. suka tengok je. Haha.. Dah ter membesar.. tak boleh patah balik. huhu..

      Delete
  2. Replies
    1. Haha.. saya tahu apa maksud zyra. zyra sakit mata nak baca kan? Kira sekali lalu je. Hehe.. maaflah, saya akan tukar ke putih, cuma belum ada masa je.

      Delete
    2. Tak, maksudnya dah terlajak dewasa pun ada barbie lg

      Delete
    3. Hahaha.. oo.. macam tu.. Ok, ada geng.

      Delete
  3. dah ada anak nnt, automatik akan jd matang. tp matang dpn anak je la. ngan member2 jd tak matang balik. percaya la ckp aku. kat ofis ramai member2 aku mcm ni, termasuk aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. yelah yelah.. tak plan nak kawen pun lagi. Tak apa.

      Delete
  4. saya ada banyak robot kat rumah... mungkin jiwa kanak kanak saya masih ada.. koh koh koh... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu dah. Sebab tu kita boleh jd kawan. haha...

      Delete
  5. Orang kata becoming old is inevitable, but becoming mature is optional.
    Bilik aku sendiri penuh dengan mainan, lego dan komik walaupun imej di cermin sudah capai tahap pakcik. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. bagus2. Teruskan jd kanak2 dalam diri seorang pakcik.

      Delete
  6. Biasalah kehidupan ni, masing2 ada jalan hidup dan pengalaman masing2, rezeki jodoh dan ajal masing2, jalan usaha dan ketentuan masing2, mana nak serupa. "Berjaya" tu adalah sesuatu yg subjektif, macam kebahagiaan dan kecantikan. Siapa yg suka judge macam2 tu (lebih2 lg yg tak kenal pun diri sebenar org yg dia judge tu) memang the ultimate douchebag, not worthy of your time. Teruskan berkarya amna :)

    ReplyDelete