(Pelik tak? Tiba-tiba lukis style lain? Saja.. konon cover novel. Haha..)
Aku dan kopi bukanlah satu kombinasi yang baik. Semua rakan-rakan terdekat ku tahu bahawa aku tidak minum kopi. Jika disuruh buatkan air kopi untuk orang pun, aku tak reti. Yalah, jika diri sendiri tak minum kopi, bagaimana mahu reti buat kopi? (Harap bakal mak mertua tak baca ini.) Pernah satu ketika aku menjalani latihan praktikal, aku disuruh bancuh kopi satu jug kepada pekerja-pekerja di situ. Terkial-kial aku dibuatnya. Nasib baik ada sorang akak tolong.
Namun, disebalik kisah aku yang tak minum kopi ini, sebenarnya tersembunyi satu kisah menyentuh perasaan yang tiada siapa tahu. Cewah... ayat agak poyo di situ. Begini kisahnya...
...................................flashback..............................
Entah berapa tahun yang lalu, aku merupakan seorang kanak-kanak yang comel. Yelah, yelah, bukan aku puji diri sendiri. Sekadar nak buat ayat sedap je. Jangan marah. Dengan mini skirt dan rambut ala-ala Dora the explorer, begitulah sedikit gambaran diri kanak-kanakku. Minuman kegemaran aku ketika itu adalah, kopi. Ya, kopi.
Tapi, aku mempunyai Umi yang cukup jaga pemakanan anak-anaknya. (Beliau patut dapat award 'the best mother') Umi cukup jaga makanan yang diambil anak-anaknya. Dari kecil lagi aku dah didedahkan dengan perkataan protein, carbohydrate, calcium, vitamin dan sebagainya. Kenapa kena makan nasi? Sebab carbohydrate.. Kenapa kena makan ikan? Sebab protein.. Susu untuk calcium, buah untuk vitamin... Hebat tak Umi aku? Mempunyai Umi begini, memang tak bolehlah untuk seorang kanak-kanak minum air kopi.
Sekali-sekala, Mok (gelaran untuk arwah nenek aku) akan datang bertandang ke rumah kami. Mok selalu buat air kopi. Menyibuk kami empat beradik nak minum kopi yang Mok buat. Mok bagi saja kopi kepada kami. Kopi Mok buat adalah kopi yang paling sedap di atas muka bumi ini. Tapi ada satu persoalan yang aku belum dapat selesaikan. Adakah kopi Mok memang benar-benar sedap? Atau aku rasa sedap kerana aku dilarang minum kopi? Biasalah manusia, benda yang dilarang itu yang akan jadi sedap.
Ketika aku berusia 8 atau 9 tahun, Mok pergi menghadap Ilahi. Selepas itu, aku tak minum kopi untuk tempoh yang agak lama juga. Pada suatu hari, entah di mana.. Agaknya di rumah kawan kepada ibu bapaku. Tuan rumah hidang air kopi. Haruman kopi tersebut benar-benar membuatkan kenangan lama kembali. Aku terkenang Mok. Namun, sebaik sahaja aku menghirup air kopi tersebut... puii... tak sedap!!!
Sejak tu, aku mula sedar yang sesiapa menghidang kopi pun, takkan mendapat rasa kopi yang sedap. Hanya bau sahaja yang harum seharum kopi Mok. Tapi rasa, memang tiada yang menandingi kopi Mok. Maka, sehingga kini aku hidup di atas muka Bumi tanpa minum kopi kerana kopi yang sedap sudah tiada. Misteri kekal misteri.... Mengapa hanya kopi Mok yang sedap?
Tamat.
(Diharap penggemar kopi tidak marah aku kerana cerita ini. Ini hanyalah pendapat peribadi, tiada niat mahu kutuk mana-mana jenama kopi. Sekian...)

kalau amna disuruh atau diminta untuk bancuh kopi lagi, jalan yg paling selamat ialah bancuh kopi 3 in 1 yang ada dalam peket2 tu, ikut sukatan dia, confirm takda sapa nak salahkan amna kalau dia rasa kopi tu tak sedap... kekeke ;3
ReplyDeleteto me, takda kopi, takde life... huhuhuh X3
hahaha rambut kita sama masa kecik dan kita memang comel! hahahaha.
ReplyDeletesaya pun tak minum kopi, bukan sebab tak suka, tapi mmg badan tak boleh terima. kalau minum nanti jadi lalok, kepala berpusing2 mcm orang kena syabu.
guhuhuhu
apa kata Amna try kopi yahudi pulak iaitu Setabak? hahahahaha >_<
ada resepi tersendiri kot.. tu yg jadi sedap tu
ReplyDeleteSayu pula baca post ni...
ReplyDeleteAku dulu memang peminum kopi yang tegar.
Tapi lama kelamaan kopi seolah2 sudah tak ada kesan terhadap aku, jadi aku decide untuk berhenti seketika kopi yang aku suka minum supaya boleh dapat balik kesan dulu tu...
Tapi bila aku start minum balik, lain pula jadi.
Perut tak boleh terima dan terus nak ke jamban...hehehe
Tapi sampai ke hari ni minum juga kopi, tapi tak setegar dulu laa...
Saya juga penggemar kopi. Tapi semenjak 79 hari ni, saya tak sentuh kopi lagi. sedang ber diet.
ReplyDeleteKopi segera yang kita beli (kopi kapal api atau sewaktu dengannya biasa depa dah campur marjerin)... kopi yang sedap ialah kopi fresh dikisar dan di press dengan espresso machine atau moka pot.
di bancuh dengan gula perang... erghhh.. sedapnyaaaa...
nanti kalau mak mertua suruh bancuh kopi, guna je yang 3 in 1. kekeke
ReplyDeleteHazy sebenarnya sukaaaa sangat kopi. Tapi disebabkan kalau minum kopi tu takkan boleh tido sebab banyak sgt caffein, hazy cuba reduce amount yang hazy minum. heheee
btw Wonda Coffee yang dalam tin sedap. perisa latte