Tuesday, March 10, 2015

Aku, 'Baby' dan Sony Experia L

Ini adalah perihal aku dan telefon bimbit. Telefon bimbit yang pertama aku miliki adalah nokia jenis zaman batu, tapi skrin nya ada warna. Bukan yg hitam kuning tu je. Paling canggih dia mampu lakukan adalah MMS. Canggih tu. Aku milikinya selepas aku tamat PMR pada hujung tahun 2005. Beli menggunakan duit raya yang dikumpul. Betapa aku sayangkan dia sehingga aku menggelarnya 'baby'.


Aku menggunakan 'baby' dalam tempoh yang sangat lama. Dari zaman sekolah, universiti, sehingga alam pekerjaan. 'Baby' tetap setia dengan ku. Sehingga apabila aku lepak dengan kawan-kawan dari sekolah, mereka ketawa. "Amna masih guna phone tu!" Kawan-kawan di universiti pun sudah mula bising. "Amna, tukar lah phone tu..." Aku cuma ketawa sambil jawab: "Nantilah bila dah kerja.." Aku jawab untuk sedapkan hati mereka saja. Padahal aku langsung tak ada niat nak tukar 'baby'. Aku sayang phone ini. Selagi dia boleh guna untuk call dan sms, mengapa perlu tukar?


Zaman pantas bergerak. Phone rakan-rakan disekeliling semua sudah berevolusi. Phone mereka bukan sekadar untuk call dan SMS sahaja. Boleh dibuat macam-macam. Namun aku sikit pun tak terdetik mahu menukar phone. Sehinggalah di alam pekerjaan ku, satu hari, 'baby' tiba-tiba tak boleh on kerana butang on sudah tercabut. Tragis sekali pengakhiran 'baby'. Betapa hatiku luluh saat itu, hanya Tuhan yang tahu. Kenangan bersama 'baby' selama 7 tahun lebih datang bertalu-talu ke minda ku. Sambil muzik latar dalam mindaku bermain lagu sedih. Oh 'baby' kau telah bersama ku selama ini dalam susah dan senang. Aku menyesal cakap dulu mahu menukar mu bila dah kerja. Ianya benar-benar terjadi. Kau rosak apabila aku di alam pekerjaan. 7 tahun itu lamanya. Jika dia benar-benar seorang 'baby', dia telah masuk darjah 1. Apapun, perginya dia memang tak akan kembali.


Kebetulan pula, teman lelaki ku juga baru meninggalkan aku ketika itu. Jadi aku telah belajar satu pengajaran dalam hidup. Tiada yang kekal dalam dunia ini. Teman lelaki atau phone, mana-mana pun boleh tinggalkan kita. Maka, apa yang telah tak berguna, haruslah kita mencari ganti. Aku cari ganti phone lah, bukan teman lelaki! Selamat datang Sony experia L ke dalam hidupku. Dengan rupa dia yang putih berseri, sememangnya segak di mata ku. Namun, aku belajar untuk tidak sayang. Aku tidak memanggil yang baru ini dengan gelaran 'baby'. Yang baru ini hanyalah barang. Barang keperluan. Jika esok rosak, akan ku cari lain. Kini, sudah setahun setengah dia bersama ku.


Penukaran dari 'baby' ke Sony Experia L benar-benar adalah satu kejutan budaya buat ku. Bagai dari kayuh basikal tiba-tiba kena pandu helikopter.


Sekian saja kisah aku, 'baby', dan Sony Experia L...  Sedih bukan?



7 comments:

  1. ahahaha rare betul setia sampai 7 tahun ni. gua paling lama setia dgn fon 2 tahun je, ihihihi.

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu..terharu baca citer ni..sy pun pakai nokia 3310 tahun 2004, tahan selama 4 tahun tp bukan sebab rosak..sebab saja gatal nak tukar..kekeke..XP

    ReplyDelete
  3. handphone saya paling lama ialah Nokia E72. masih ada sampai sekarang setelah 5 tahun.. huhuhu.

    wkwkwkwkw...

    ReplyDelete
  4. rasanya phone tu kalau boleh baca, dh menangis terharu dah ahaha

    ReplyDelete
  5. Ahahaha.. Cool tu guna phone sampai betul2 rosak. Tabik la amna. Kadang tu lagi better macam tu. Tak perlu nak sangat ikut zaman. :)

    ReplyDelete
  6. Barang lama memang tahan lama.
    Tak macam barang sekarang.
    Pakai baru setahun dua dah start buat hal...

    RIP Baby. You'll always in Amna's heart.
    Hehehe

    ReplyDelete
  7. hahaha kisah amna ni sama la mcm akak >.< syg brg, ssh nk move on nk reset blk mind utk x syg brg mcm bnda hidup. pastu bila dh tukar hp masa kini, xde butang! jd x reti nak jwb phone x fhm nak slide2 tu X) smpi skrg masih berharap hp penuh butang ni x rosak selama-lamanya

    ReplyDelete