Sudah agak seketika Tommy Tompok berada di rumah kami. Kisahnya begini, Tommy adalah anak kucing yang datang entah dari mana tiba-tiba boleh berada di rumah kami. Ya, dia hanyalah tetamu. Tapi, tetamu yang tak reti pulang ke rumah. Sehingga sekarang dia masih berada di rumah kami. Dia datang dalam keadaan kurus kering, sekarang sudah besar. Namanya Tompok. Tapi adakalanya dipanggil Tommy kerana mitos mengatakan kucing lebih bertindak balas dengan nama yang berakhir dengan bunyi 'eee'. Kadang-kala, ia juga dipanggil 'Tommypok' atau 'Tom'. Dia sebenarnya kucing betina. Nama seperti jantan pula kan? Tak apalah..
Tommy ini seekor kucing yang bijak. Boleh duduk di rumah dengan baik, tidak mencuri makanan manusia atau tidak buang air dalam rumah. Maka, sekelip mata sahaja, dia telah menawan hati Umi, Abah dan adikku, Najaa. Dia menjadi kawan baik Najaa. Tidur juga bersama. Sweet sekali lihat mereka bersama-sama.
Hoho.. air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Kucing yang bijak rupanya adalah kucing yang nakal. Nakalnya, belum pernah aku lihat terdapat dalam diri kucing-kucing kami yang lain sebelum ini.
Yang buat aku geram, kenakalannya asyik kena pada aku saja. Asyik-asyik dengan aku dia cari pasal. Dengan orang lain, tidak pula.
Sekian...
Hahaha.. Tommy ni lawak la. Kat instag pun tengok mcm2 karenah dia..Dah boleh dah buat komik bersiri pasal budak ni
ReplyDeleteheheheh... kucing memang suka macam2, lagi kita halang, lagi tu dia nak buat... heheh ;3
ReplyDeleteTetamu tak reti nak balik?
ReplyDeleteHahaha...kiranya dah jadi kucing Amna laa ni.
Comel plak Tommy ni...nak cerita Tommy lagi **demand**
ya ya ya... antaranya.. dia suka letak kaki dia kat artwork Amna kan kan kan..
ReplyDelete