Thursday, September 26, 2013

Perempuan, apabila dipuji cantik

Setiap perempuan cantik. Masing-masing ada kecantikan tersendiri. Rata-rata kawan-kawan perempuanku  juga cantik-cantik. Aku yang sebagai perempuan ini pun, ada kalanya memuji kecantikan mereka. Aku perhatikan, perempuan ni apabila dipuji, macam-macam kerenah ada...


1. Perempuan yang dah biasa dipuji.


Perempuan yang dah biasa dipuji cantik, kebiasaannya jawapan mereka sama saja setiap kali dipuji. Seolah-olah dah hafal dialog apa yang patut dijawab. Kebiasaannya, mereka jawab: "Terima kasih, awak pun cantik juga.." Agaknya tak nak segan dipuji, dia puji kita pula. Tak kisahlah, tak salah pun kan.


2. Perempuan yang tak tahu dirinya cantik


Perempuan yang tak tahu bahawa dirinya cantik ni, susah juga. Mereka akan pandang pelik kepada aku. Macamlah aku yang pelik. Aku puji kerana aku betul-betul rasa dia cantik. Ramai juga perempuan macam ini.


3. Perempuan baik


Perempuan-perempuan yang baik, alim, sopan santun, jawapan mereka mudah saja. Alhamdulillah... Sejuk hati kita yang mendengar ini.


4. Aku apabila dipuji cantik


Suka-suka hati aku je bercakap tentang perempuan lain. Habis jika aku sendiri yang dipuji, apa akan jadi? Oh.. cuma buat gaya sikit, dengan pinjam ayat Shin Chan, "Janganlah puji~~~~~" Selesai. Mereka-mereka yang puji aku, terus menyesal memberi pujian. (Err.. aku guna cara ni dengan kawan-kawan rapat sahaja)


*****

Begitulah berdasarkan pemerhatian aku. Anda-anda di luar sana tu, bagaimana reaksi apabila dipuji? Ehehe.. cerita lah sikit...


11 comments:

  1. Hahaha lawak part last tu.

    Kita sama,tapi buat dengan kawan-kawan rapat je la,kalau dengan orang lain,tutup muka lepas tu lari wahahahahaha.

    ReplyDelete
  2. Jawapan ai: "Eh, baru perasan ker?", atau "Ni mesti ada apa2 kan tiba2 puji nih?", atau "Ye la tuhh...", atau "Sekali skala tukar style, kasi ilusi optik skit... hahaa"... heheheheee~ XP

    ReplyDelete
  3. haha... deno pula kalau kwn2 rapat puji deno segan.. mesti cakap.. "takdelah.. mana ada... " muka pun dah merah

    ReplyDelete
  4. klo sy ckp terimakasih jelah.. klo teman rapat je barulah meleret.. lepastu larik topik.. heeehee.

    ReplyDelete
  5. ahaha yang last part tu kalau ditambah pula dengan asam garam dan gula sikit lagi..maunyaa meletop ahaha

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya motif entri ni nak cakap selalu kena puji kan? haha

    ReplyDelete
  7. Keri Ikhwan: Motif sebenar entri ni, adalah perli. Ada pompuan, puji semula org lain lepas diri sendiri dipuji. Kan nampak pujian tak ikhlas tu? Ada perempuan pulak, buat2 pelik bila dipuji. Nampak sngt 'buat-buat' kan? Lepas tu,kita patut contohi pompuan yg sebut Alhamdulillah. Sebab pujian tu sebenarnya bukan milik kita. Tuhan yg jdkan kita cantik. Di panel terakhir, itu sekadar loyar buruk. Hehe...

    ReplyDelete
  8. saya bayangkan Sinchan cakap macam tue sambil goyang goyangkan bontot.. kakakakka

    ReplyDelete
  9. Aujinz: Yeke? Tak reti laa.. ehehe..

    ReplyDelete