Friday, August 20, 2010

Sebuah Kisah Pendek di Bulan Ramadhan

Satu pagi di bulan Ramadhan, aku baru bangun tidur dan menuju ke bilk air. Kolej Seroja sangat besar. Jadi, aku kurang mengenali jiran jiran bilik lain. Ketika aku lalu di depan sebuah bilik, kelihatan dua orang gadis bersama seekor burung yang tak boleh terbang. Aku berhenti dan tanya mereka mengenai burung tersebut. Burung itu tak dapat terbang, kemungkinan kakinya yang cedera. Selepas itu, salah seorang dari gadis itu menyuap air kepada burung tersebut.

Nampak tak cerita ni tak ada isi? Sebenarnya, aku saja nak cerita suasana yang nampak indah ni.. Nampak indah sangat! Watak utama dalam cerita ni ialah dua orang gadis itu dan burung tersebut. Aku hanyalah watak sampingan yang sekadar lalu sebagai latar belakang. Tapi aku gembira. Burung tu juga pasti gembira diselamatkan, dan dua orang gadis tu juga tentu gembira kerana dapat menyelamatkan haiwan.

P/S: Tolong jangan makan telur penyu! Penyu sedang berada pada tahap yang kritikal!!

No comments:

Post a Comment