Wednesday, June 11, 2014

Kalah dan menang

  
Hujung minggu yang lalu, aku menghabiskan masa bermain kad monopoly bersama adik-adikku Najaa dan Tonah. Siapa tahu bagaimana hendak bermain kad monopoly? Permainan ini, mengajar manusia agar mengejar harta dunia dengan cara yang kaya menindas yang miskin. Yang miskin pula tak mampu menindas yang kaya. Mendalam maksud ini, jika anda faham. Nak dijadikan cerita, nasib Tonah baik pula. Berturut-turut dia memenangi permainan ini. Aku dan Najaa kalah saja.


Giliran seterusnya dan seterusnya, Tonah tetap menang...



Akhirnya, setelah entah yang keberapa puluh kali giliran, aku mengecapi kemenangan!!! Aku ketawa sepuas-puas hati depan Tonah. Tonah nak cover malu, dia kata bahawa barulah mencabar permainan ni, asyik menang saja, bosan. Alasan! Dah kalah tu, terima saja lah. Ahahahaha....


Apalah.. Macam budak-budak. Eh? Ke aku yang macam budak-budak?



Thursday, June 5, 2014

Kami! Rileks, Benda Boleh Settle!



Buku KAMI telah selamat sampai ke tangan aku. Terima kasih abang postmen.

Apa itu buku KAMI? Mesti ramai yang sudah tahu. Tapi aku terangkan juga kalau-kalau ada yang belum tahu. Ini adalah buku hasil kerjasama tiga orang blogger, iaitu Aujinz, Nazha Anua dan Cero.



Apa yang boleh aku kata mengenai buku ini adalah, aku suka!!! Suka sangat!!!! Ia menceritakan tentang kisah ketiga-tiga blogger ini disertai dengan lukisan masing masing. Mula-mula pembaca akan mengikuti kisah Aujinz dahulu. Tak banyak aku nak kata mengenai lukisan Aujinz. Sudah lama aku ikuti blog dia. Lukisannya memang comel. Rasanya memang ramai yang dah kenal Aujinz bukan?

Seterusnya, pembaca akan mengikuti kisah Nazha Anua. Aku baru saja kenal dengan blog dia selepas aku mengetahui kewujudan buku ini. Lukisan dia comel!!! Ceritanya pula banyak berkisar tentang zaman kanak-kanaknya bersama adik beradik, ibu bapa, dan kampung halaman. Dia membawa pembaca ke dalam hidup dia. Selepas satu, satu watak dikenalkan. Perwatakan setiap watak juga ditunjukkan dengan jelas. Pembaca boleh tahu, oh abang dia begini, ibu dia begini, dan sebagainya. Menarik! Sehingga bila tamat bahagian Nazha Anua, aku mengeluh.. "laa.. dah habis ke?"

Akhir sekali, pembaca boleh ikuti kisah Cero. Apa yang unik mengenai blogger ini adalah, dia lebih banyak bercerita mengenai pemikiran dia. Apa yang dia fikir, proses pemikiran dia, dan pandangan dia. Jika Cero baca tulisan aku ni, aku nak cakap, "Cero, kita ni macam serupa lah..." 

Secara keseluruhannya, aku suka dengan buku KAMI. Eh, aku sudah beritahunya tadi bukan? Apa-apa lah. Itu saja. Suka sangat. Tak rugi beli. Bagi anda semua yang sudah membaca KAMI, cuba kongsi pendapat mengenai buku tersebut di sini. Bagi yang belum baca, jika berminat bolehlah minta pada Aujinz, Nazha Anua atau Cero. Tapi rasanya, Aujinz pernah kata buku ini dah habis. Entahlah..

Sekian...


Thursday, May 29, 2014

Perwira




Watak rekaan yang direka spontan siang tadi. Seorang perwira yang juga merupakan seorang doktor orthopedic.  Dia mengembara ke serata dunia bagi membantu mereka yang mempunyai masalah tulang. Dia mempunyai dua pembantu. Si Tengkorak kecil yang petah berkata-kata dan cik jururawat yang pendiam dan comel. Cool nya kalau betul-betul ada doktor macam ni.. Hehe.. fantasi saja ni. Bukan nak betul-betul pun. Sekadar idea komik. Itupun kalau aku pandai sangat boleh buat komik mengenai perubatan.

Watak ini dapat inspirasi dari doktor yang aku selalu jumpa setiap enam bulan dahulu selama beberapa tahun. Seorang doktor yang boleh dikatakan kacak lah jugak.

Itu sahaja cerita hari ini. Semoga semua doktor terus kacak. Eh silap... Semoga semua doktor diredhai Allah kerana menolong pesakit-pesakit.



Tuesday, May 27, 2014

Tonah lagi...

Pada suatu malam, Tonah datang berbual-bual di bilik aku. Macam-macam lah dia bercerita. Mengenai internship dia lah, dan sebagainya. Sebagai kakak yang baik, aku mendengar saja cerita-ceritanya walau cuma 0.09 % saja yang aku ingat mengenai ceritanya. Selebihnya dah lupa.


Akhirnya, tahu pun dia untuk pulang ke bilik sendiri untuk tidur.



Tiba-tiba, aku tersedar sesuatu...


Punyalah lama berbual tadi. Baru aku sedar akhirnya?


Haih.... Tonah.... (sila sambung ayat sendiri)

Begitulah kisah kalau ada adik-adik. Anda semua yang di luar sana, mesti ada pelbagai kisah lagi dengan adik kan?



Thursday, May 22, 2014

Demam Frozen

Bagi yang selalu ikuti blog aku, sudah tentu anda kenal dengan watak Tonah kan? Tonah adikku. Dah lama tak ada cerita mengenai dia kerana dia pergi belajar di luar negara. Baru-baru ini, kedua-dua adikku, Diba dan Tonah telah pulang ke rumah. 

Aku menyedari semenjak Tonah pulang ke tanah air, dia menghidap demam Frozen. Tahu tak demam Frozen itu bagaimana? Beginilah...






Baik, itu saja buat masa ini. Yang belum menonton Frozen, tak kan faham apa yg terjadi di atas ini. Sila tonton sekarang.

Sehingga berjumpa lagi...

Hidup ini indah.....