Thursday, August 29, 2013

Aku naik kuda


Pernah dalam post sebelum ini, aku menyatakan keinginan mahu sentuh kuda. Akhirnya, aku dapat sentuh kuda. Bukan sekadar sentuh, naik kuda pun dapat. Syukur Alhamdulillah... Kisahnya, semasa aku pulang ke Kedah masa hari raya baru-baru ini, Pak Su ku membawa aku dan saudara-saudara ku lihat kuda.


 Lihat! Teruna suka aku!!!


 Muka teruja menunggu giliran nak naik kuda.


 Kuda ni Bella namanya.
Gembiranya aku naik kuda, sampai aku rasa seperti aku ni masih kanak-kanak.


Sambil-sambil layan perasaan naik kuda, tahu tak apa yang aku rasa? Aku rasa diri ini bagai seorang Putera dalam kisah dongeng. Kacaknya aku...



*Lambat sangat Sang Putera mencari aku. Kan aku sendiri sudah jadi Putera. Nasiblah...


Doodle untuk The Beautiful Story




Curi-curi masa, aku sempat menyiapkan doodle untuk  Nursyaida Nasuha atau blognya The Beautiful Story.
Harap Nasuha suka. Ini sempena ulang tahun kelahiran Nasuha ya? Selamat Hari Jadi, semoga gembira selalu dan dimurahkan rezeki....

Biar aku kenalkan, Nasuha ni sepupu aku yang paling rapat. Rapat sudah seperti adik-beradik sendiri. Silalah lawat ke blog dia.


*Tiba-tiba tersedar sesuatu. Ini kali pertama aku buat doodle untuk orang. Doodle aku ni cincai je. Sebab aku suka style cincai (cakap je lah malas). Jadi, cincai-cincai pun, harap dia suka lah. Hehe...

Wednesday, August 28, 2013

Misteri Guli

Aku ada seekor anak kucing. Guli namanya. Masih kecil, berwarna hitam. Jantan, tapi diberi rantai berwarna merah jambu oleh aku. Harap kau membesar jadi gagah perkasa walaupun rantai merah jambu ya Guli? Salah satu keunikan Guli ni, terletak pada ekornya. Bagai pembaris sesiku L bentuk ekornya. Genab 90 degree lah. Memang semula jadi bentuk begitu. Tolong jangan kata aku yang patahkan ekornya.



Apa yang misteri tentang Guli ni, setiap kali malam menjelma, dia hilang. Jika malam hari, memang tak nampak batang hidung dan batang ekor dia lah. Ke mana dia pergi setiap malam? Soalan itu sering mengganggu ruang fikiranku. Ini bukan lawak bodoh, sebab dia hitam, jadi tak nampak di malam hari, bukan!! Bukan begitu. Memang dia tiada di malam hari. Adikku Najaa, yang berusia 12 tahun itu berkata: "Dia pergi Disko kot.." Tapi aku selaku tuan Guli, aku yakin benar Guli ku tidak sejahat itu.


Selepas berfikir, berfikir dan berfikir, aku rasa ada satu kemungkinan saja mengapa Guli hilang pada waktu malam. Sebenarnya, Guli adalah super hero. Dia pergi melawan kejahatan dan menegakkan keadilan pada waktu malam.


Hebat bukan Guli aku? (Berangan  pulak aku ni)


Saturday, August 24, 2013

Perbezaan antara Abby dan Kiddie


Hari ni aku ingin bercerita mengenai kucing. Topik yang menarik bagi bagi pencinta kucing, dalam masa yang sama, ia topik yang bosan bagi pembenci kucing. Betul tak? 

Aku memiliki tiga ekor kucing buat masa ini. Salah seekornya adalah Abby. Kucing berusia 5 tahun, sudah beberapa kali beranak, tapi buat masa ini hanya ada seekor anak yang tinggal bersamanya.

Sementara itu, di tempat kerja aku, ada seekor Kucing bernama Kiddie. Kiddie bukan kucing aku. Dia kucing salah seorang rakan sekerja aku. Tapi nampaknya semua orang di pejabat ku bersikap baik terhadap Kiddie.

Bagi mereka yang tidak mengenali kucing, semua kucing adalah sama. Tapi bagi yang sudah biasa membela haiwan ini, kita akan nampak perbezaan perangai kucing kucing ini. Aku sudah membela banyak kucing sehingga kini. Macam -macam perangai aku dah nampak. Ada yang bising, ada yang gedik, ada yang nakal, ada yang pendiam. Macam-macam lah ada.




Baiklah, sebenarnya, nak bercerita mengenai perbezaan Abby dan Kiddie. Abby ni, setia pada aku. Aku keluar rumah, dia setia menunggu depan pintu. Aku pulang ke rumah, dia sambut aku. Setianya dia kepada aku.






Berbeza dengan Kiddie. Disebabkan Kiddie bukan kucing aku, dia sentiasa mengabaikan aku. Tapi aku tetap mencarinya setiap hari. Sebab Kiddie ni sedap dipeluk. Maklumlah, gemuk.




Begitulah kisahnya. Si Abby setia kepada ku, tapi aku tetap mencari si Kiddie. Kiddie pula tak layan aku sebab dia setia kepada tuan dia. (Aku bukan tuan Kiddie)

Kesimpulannya, kucing setia terhadap tuannya. Tapi tuan kucing pula curang. Sentiasa cari kucing lain. Betul tak wahai tuan-tuan kucing di luar sana?

Post yang tak ada isi sangat pun. Tapi terima kasih bagi yang meluangkan masa baca. Jumpa lagi di entri seterusnya.

*Sedang demam ni. Sebab tu lukisan cincai.


Friday, August 23, 2013

Lagu seram

Sambil-sambil aku bekerja, aku akan mendengar radio. Tiba-tiba, lagu Spider, 'Relaku Pujuk' berkumandang. Sebuah lagu lama. Aku sudah biasa dengar.. Tapi...


.. Tapi kali ini, lagu itu kedengaran seram. Sebaris liriknya, bagai terkena batang hidung.. "Enggan dipunya, dan dipenjara..."




Tapi paling menyeramkan adalah bahagian: "Kau kan tetap ku miliki..." Ye, seram. Berdiri bulu romaku seketika.



Huhu.. adakah keadaan seperti aku ini normal bagi mana-mana perempuan lain yang sebaya denganku? Umur sudah kian meningkat, rakan-rakan selepas sorang, sorang, mendirikan rumah tangga. Tapi aku belum mahu! Aku tak nak hilang kehidupan aku yang bebas mengejar impian sendiri..


(Nasib la Amna oii... Kita lihat sajalah apa akan jadi.)