Sunday, August 7, 2011

Risau~ Kembang dan Bubu ku..


Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku masih belum tidur. Tiba-tiba, dengar salakan anjing. Rasanya lebih dari seekor anjing ni. Mereka menyalak tak henti-henti seolah-olah menyalak pada sesuatu. Aku terus teringatkan Kembang dan Bubu.

Aku cuba mengintai ikut tingkap. Nampak seekor anjing hitam yang kecil di luar pagar rumahku. Intai-intai lagi, ada anjing putih besar. Lepas tu aku rasa aku nampak beberapa ekor lagi. Mungkin anjing-anjing itu bergaduh sesama mereka.

Aku toleh pada kayu di depan pintu rumahku. Kebiasaannya, itu tempat tidur Kembang dan Bubu ku. Namun, mereka tiada di situ. Mesti mereka sembunyi mana-mana kerana takut dengan anjing-anjing itu.

Risaunya~ Harap diorang selamat. Takkan tenang selagi tak nampak diorang. Ya Allah ya tuhanku, lindungi mereka...

Friday, August 5, 2011

.....

Ini komik aku. Dah lama komik aku tiada pembaca. (Sebelum ni kawan-kawan sekolah lah yang baca) Hehe.. minta maaf, tak bagus pun sebenarnya. Tapi apa salahnya anda semua luangkan masa sekejap untuk bimbing seorang budak baru belajar kan? (budak?)
Jadi, sudi-sudi lah baca, dan beri pendapat anda ok?




(klik untuk besarkan)








*minta maaf, terpaksa letak tulisan warna hijau tu. Maaf yer..


Tak ada cerita pun sebenarnya.. Baru nak eksperimen dengan line dan tone je. Lain kali, InsyaAllah aku hasilkan cerita. Tunggu taw~



AKAN DATANG...


*Tolong jangan copy tanpa izin ye.. Kesian kat tangan kanan aku taw~ Naik kematu buat benda ni.

Wednesday, August 3, 2011

Kisah Bubu dan Kembang

Hai.. nama saya Bubu, ini adik saya, namanya Kembang. Kami adik beradik~ (Mestilah)






Tidur tengah hari akan lebih selesa jika beralaskan kain. Jadi kami pun pinjam lah baju tuan kami. Kami selalu buat begini!!






Nikmatnya tidur tengah hari kami...





Pelepuk~ Bunyi kepala kami diketuk. Tuan kami marah kami pinjam kain dia. Huh~ Kedekut!!!




Tak apa, kami boleh ambil yang lain...

Monday, August 1, 2011

Sunday, July 31, 2011

Jalan

Lihat mereka semua sudah mempunyai jalan pilihan di hadapan mereka, aku menjadi risau.




Rasa amat ketinggalan. Aku masih di jalan yang lama, dan aku tak tahu apa yang menanti di depan ku.



Namun, apabila memikirkan yang sekurang-kurangnya, aku memiliki teman untuk melalui jalan ini bersama-sama, aku lega.

Oklah, aku tamatkan dulu jalan ini, barulah aku fikirkan nak ikut jalan mana pula.