Tuesday, May 31, 2011

Sambil menyelam, minum air

Aku sedang menjalani latihan praktikal di Muzium Sultan Alam Shah. Sejujurnya, setakat ini aku belum buat apa-apa lagi. Tapi aku suka berada di sini. Sementara belum mendapat apa-apa tugasan, aku menggunakan peluang yang ada ni untuk menyelongkar buku-buku di muzium ni. Haha.. Aku bahagia~

Buku-buku di sini memang best la. Setakat ni, aku sedang membaca dua buah buku. 'Tunjuk Ajar Melayu' dan '101 Puteri Dunia Melayu'. Baca buku ni bukanlah tugasan praktikal.. Tapi, apa salahnya sambil menyelam minum air kan? Huhu.. Bahagia~



* perlu ke ceritakan apa isi buku-buku ni? Tengok lah.. Kalau ada mood, aku ceritakan nanti.

Pedang Inuyasha


Aku memang kumpul barang-barang Inuyasha dari dulu lagi. Atas ni, antara koleksi aku. Lepas tu, beberapa hari lepas, aku terjumpa pedang Inuyasha. Jadi bertambahlah koleksi aku.



Ini gambar pedang Inuyasha:


..dan ini pedang Inuyasha milik ku:

Haha.. aku lah perempuan paling bahagia di muka bumi ini!! Inilah pedang yang dengan satu lambaian saja, mampu menghapuskan beribu-ribu yokai. Eh, terberangan pulak~ Ok lah, tu je kisahnya.

Ada la lagi satu kisah ni.. Ayah aku nak buka bungkusan plastik makanan, tapi tiada gunting atau pisau. Lepas tu dia cakap: "Mana PARANG Amna tu? Boleh buka ni tak?" Woo~ ini pedang laa... bukan parang!! Huhu..



Saturday, May 21, 2011

Bubu dan Mr.Lembu

Ini kisah Bubu. Dia boleh mendapat nama 'Bubu' adalah kerana warnanya yang hitam putih seakan-akan warna lembu. (Padahal, lembu di Malaysia lagi banyak warna coklat). Masa dia belum ada nama dulu, aku dan adik aku panggil dia: "yang macam lembu". Lama-lama, lekatlah nama dia Bubu..

Bubu sangat comel. Sangat nakal. Sangat gemuk! Terdapat bentuk 'love' di kiri dan kanan badan dia. Itulah sebabnya dia disayangi oleh seisi rumah.


Kini, Bubu akhirnya bertemu Mr.Lembu. Lihat~ nampak macam kembar!!! Bubu pun berkata: "Tak serupa pun..."

Friday, May 20, 2011

Cik Amna pergi praktikal

Tersebut lah kisah, seorang pelajar seni halus menjalani latihan praktikalnya. Pelajar tersebut digelar Amna. Amna merupakan seorang gadis yang tak berapa nak tinggi, malah dia juga.... Ahh~ malas nak cakap. Pendek kata, aku lah yang pergi praktikal tu.

Tempat praktikal aku adalah di Muzium Sultan Alam Shah yang terletak di Shah Alam. Aku memilih tempat tersebut adalah sebab ianya dekat. Sejujurnya, aku bukan tahu pun apa yang seorang pelajar Seni Halus boleh buat di sana.

Kini empat hari telah berlalu. Aku masih belum mendapat apa-apa tugasan di sini. Tak buat apa-apa, mestilah bosan. Tapi kini, aku mula menghayati suasana muziam, dan aku rasa aku mula sukakan tempat ini.

Setiap kali masuk di pintu utama muzium, ada satu bau yang menyambut aku. Aku tak tahu nak kata ia bau apa. Tapi bau itu agak menyenangkan. Seperti bau kayu yang bercampur bau penghawa dingin. Mungkin kerana pintu kayu besar itu? Atau kerana tiang kayu itu? Tak kisahlah.. Yang aku tahu, aku senang dengan bau ini.

Setiap kali aku menuju ke pejabat, aku akan lalu di depan pedang semasa zaman pemerintahan Jepun dulu.
Satu hari, ketika lalu di tempat yang sama, aku terdengar suara seorang bapa bercakap dengan anak kecilnya:
"Tengok, itu yang samurai guna. Ayah guna tu buat potong ikan."
Lepas tu, fikiran aku mula la membayangkan pak cik berkopiah tu guna pedang untuk potong ikan.
Mungkinkah begini:



Saturday, May 14, 2011

Semangat Puteri Islam !



Mari sini, aku bocorkan satu rahsia~
(Bukan rahsia sangat pun..)
Hehe.. dulu aku seorang Puteri Islam!!!
Tiba-tiba teringat.
Siapa Puteri Islam? Angkat tangan!!!
Yeah! Semangat Puteri Islam~
Mari nyanyi sama-sama:

Puteri Lembaga Islam riang gembira,
Tetap taat kepada Allah dan raja,
Berkorban untuk agama dan negara,
Dunia akhirat mendapat bahagia...

Hehe.. ingat sampai sini je.
Ok, sekian...