Susah betul nak pegang pada pendirian. Aku selalu rasa, aku adalah seorang yang berpegang kuat pada pendirian aku. Pendirian ni, kalau difikirkan semula, ia ibarat pantang larang yang diri aku tetapkan untuk aku. Kalau aku kata harus ikut jalan A, dilarang B, maka aku akan mengikut A (Walaupun sebenarnya, kedua dua jalan A dan B itu tak salah). Tapi kenapa baru baru ni aku seolah olah mula berpaling pada pendirian aku. Aku mula terfikir, B pun ok juga.. Patut ikut jalan A atau B? Aku dah ragu ragu..
Siapa yang sebenarnya boleh berpegang kuat pada pendirian sendiri? Lepas lama berfikir, aku rasa, orang itu ialah Hang Tuah. Kenapa dia sanggup bunuh kawan sendiri? Kerana setia pada sultan? Tak lah, sebenarnya sebab dia berpegang pada pendirian dirinya: "pantang Melayu menderhaka." Ya, Hang Tuah memang berpendirian teguh...
Balik ke kisah aku, tiba tiba ada sesuatu muncul yang boleh menyebabkan aku ubah pendirian. Apa patut aku buat? Bencinya bila ada rasa nak berpaling pada pendirian.
Saturday, October 9, 2010
Wednesday, September 15, 2010
Siapa lagi tua?
Ini adalah satu situasi di sebuah warung, ketika aku dan keluargaku bercuti di Terengganu...
Adik aku ingin minta sudu dari perempuan yang bekerja di warung tersebut.
Nampak tak? Ini lah sebuah pertarungan yang menolak gelaran tua.

Adik aku: Akak, ada sudu tak?
Perempuan itu: Ada, nak berapa kak?
Perempuan itu: Ada, nak berapa kak?
Nampak tak? Ini lah sebuah pertarungan yang menolak gelaran tua.
Tuesday, September 14, 2010
Padan Muka!
Siapa suruh letak cita cita, impian dan matlamat tu tinggi sangat?!! Sekarang, kau dah tertekan sebab tak dapat capai impian sendiri!! Padan muka kau, Amna...
Apa bole buat.. Apa guna hidup tanpa impian kan? Alang alang dah ada impian tu, kejar sampai dapat!!

Friday, September 10, 2010
Thursday, September 9, 2010
Semoga dia sihat selalu...
Aku masih ingat pertemuan kali pertama aku dengan sorang kawan aku ni. Peristiwa tu berlaku kira kira dua tahun yang lepas. Ketika aku mula mula belajar di UiTM Melaka. Melihat orangnya, tinggi, bersongkok, muka tak ada perasaan. "Dia ni mesti orang yang ikut peraturan" Tu tanggapan pertama aku terhadapnya. Bila dia bercakap dengan aku, speaking la pulak.. Speaking bukan lah sesuatu yang pelik bagi aku. Tapi yang peliknya, slang dia tak biasa aku dengar. Jadi aku berpendapat: "Dia ni tak dibesarkan di Malaysia ke?". Aku dan dia sama sama kena mencari lecturer kami. Satu fakulti kami pusing. Letih.. Akhirnya kami jumpa juga lecturer kami. Sebelum kami masing masing pulang, dia tanya nama aku, kemudian kata: "Amna, im sorry," dengan muka serius. Masa tu aku cuma fikir, "....." Aku memang tak faham dia...
Masa aku part3 diploma, itu adalah masa yang cukup susah. Itulah lah masa kami pelajar Fine Art betul betul melangkah masuk ke dunia Fine Art. Itulah masa yang paling sibuk dalam sejarah manusia! Sudah lah tidur tak cukup, masa untuk makan pun tak ada!!! Tambahan pula, duit banyak habis untuk beli barang barang seni.. woo... masa tu, kalau nak menangis pun, dah tak ingat cara untuk menangis! Nak menangis pun tak ada masa!!!
Aku masa tu, mampu teruskan lagi Fine Art tu, sampai lah satu tahap, bila aku ada masalah dengan work dan lecturer aku. Masa tu memang rasa dah putus asa sangat.. Sampai aku bertekad, "aku tak akan ambil degree fine art!" Aku ambil masa yang lama sangat untuk pulihkan kembali semangat aku. Kemudian, barulah aku sedar yang dia sebenarnya sentiasa di sebelah aku setiap kali aku berputus asa. Dia selalu cakap "Amna, smile..." sambil tunjuk senyuman paling lebar apabila nak suruh aku senyum. Mestilah aku akan senyum..
Air muka dia yang kebiasaannya serius, boleh bertukar menjadi wajah Grell Sutcliffe, watak anime yang selalu dia lakonkan. Bila dia tak serius, muka dia boleh buat macam macam muka kelakar. Paling menghairankan, aku boleh jadi diri aku yang sebenar di depan dia. Segala perangai buruk aku, perangai budak budak aku, semua dia boleh nampak. Entah macam mana, tiba tiba aku boleh jadi adik dia. Sampai sekarang dia panggil aku "sis". Aku rasa, dia orang yang paling rapat dengan aku dalam kelas part3 tu.. Tapi sayang, entah kenapa dia selalu tak datang kelas. Tapi, aku tak dapat buat apa apa.. Kecewa bila rasa aku tak dapat bantu dia apabila dia dalam masalah. Bila aku dalam masalah, dia sentiasa ada..
Akhirnya, aku telah pergi ke Shah Alam. Sebab terima fast track, aku kini tak bersama sama lagi dengan kawan kawan Melaka, termasuklah dia.. Tak sangka juga aku, apabila ke Shah Alam, benda pertama aku rindu tentang Melaka ialah, kata kata dia: "Amna, smile.."
Aku tak kisah berjauhan dengan dia.. Bolehlah aku tengok kemampuan aku. Mampu ke aku hadapi semuanya sendirian? Alhamdulillah, sampai ke hari ini, aku masih mampu teruskan Fine Art yang mencabar ni. Satu hari, ketika genab umur aku 20 tahun, aku dapat tahu dia extend UiTM. Dengar cerita sebab kesihatan tak berapa ok.. Sedih sangat dapat tahu berita ni. Aku terus mendapatkan kepastian dari dia mengenai kebenaran khabar tu. Dia cakap, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Dan dia berjanji untuk terus sambung Fine Art. Dia silap... aku bukan risau sebab pelajaran dia, aku risaukan kesihatan dia.
Betullah kata orang, "Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.." Aku terhutang budi pada dia, dan aku sentiasa tunggu peluang untuk balas budi baik dia.. Tapi tak pernah dapat pun. Bila aku suarakan keinginan aku untuk balas budi dia, dia cuma kata: "you will, Amna.."
Aku tak mampu buat apa apa. Aku cuma boleh berharap, supaya dia sihat selalu. Dia sentiasa pastikan aku senyum, tapi adakah dia senyum atau tidak ketika ini, aku tak tahu. Oleh itu, aku buat keputusan untuk terus kekalkan senyuman aku. Bila aku rasa tak boleh nak senyum lagi, aku cuma perlu ingat....

"Amna, smile..."
Subscribe to:
Posts (Atom)