Tuesday, April 8, 2014

Amna di Sabah

Baru-baru ini, aku berpeluang menyertai Program Garisan Landasan Sabah. Tidak pernah lagi kaki ku ini menjejak bumi Sabah. Maka dengan gembira dan terujanya aku pergi ke sana. Abah, Umi dan adikku Najaa juga pergi bersama. 

Hari pertama di Sabah, kami pergi ke Tip of Borneo. Subhanallah... Cantik yang teramat tempat ini. Seketika, terdetik di hati aku: "Alangkah bahagianya jika aku boleh hidup sepanjang hayat di sini." Namun aku terus lupakan hajat itu sebaik sahaja teringat aku ada kehidupan sendiri di bandar Shah Alam.








Pada hari kedua aku di Sabah, barulah aku check in sebagai peserta Garisan Landasan Sabah. Lihat!! Dapat tag peserta!


Hari seterusnya, barulah program melukis di atas keretapi bermula. Sejujurnya, aku tak boleh melukis. Aku mahu menghabiskan masa aku dengan menikmati pemandangan di negeri ini. Mana ada masa untuk melukis.



Menikmati pemandangan? Tidaklah juga. Aku tertidur. Hehe.. Sampai di Beaufort, ada sekumpulan anak muda memakai pakaian traditional Sabah menyambut ketibaan kami. Cantik-cantik lah perempuan Sabah. Jadi aku buat keputusan untuk melukis perempuan Sabah seorang.


Aku dan keluarga jalan-jalan di Beaufort sekejap, mencari kedai makan.


Selepas itu, kami meneruskan perjalanan. Kali ini, naik keretapi tua. Sudahlah panas, sesak dan terhuyung hayang pula tu. Nasib baik pemandangan indah sekali. Berbaloi jadinya.




Subhanallah.. Cantik...


Lebih kurang tiga jam kemudian (kalau tak silap), kami selamat tiba di Tenom...



Malam itu, karya aku dipamerkan bersama karya pelukis-pelukis lain.



Tak banyak pun hasil kerja ku. Ada lah tiga keping saja. Atas ini salah satunya. Pagi berikutnya, kami sempat melawat Balai Seni Lukis Sabah sebelum pulang ke semenanjung.


Tamatlah percutian ku. Gembira sekali. Selepas itu, aku mendapat tahu akhbar menyiarkan artikel mengenai program ini. Lihat! Itu muka aku!!!

Baiklah, sampai di sini dulu cerita dari aku.


*Hidup ini indah...

Thursday, March 13, 2014

Sebulan



Sedar tak sedar, rupa-rupanya semalam sudah cukup sebulan aku kerja selepas pembedahan yang lalu. Baru sebulan? mengapa rasa seperti sudah tiga bulan lamanya?

Aku kerja di tempat yang sama seperti sebelum pembedahan. ok lah kerja di sini. Layan kerenah budak berdua ni je. Selagi budak berdua ni tak kacau aku, aku akan terus berada di sini. Sedang merancang semula perjalanan aku untuk selepas ini.

Sudah jarang update blog. Tiada apa nak diceritakan. Apa apa pun, hidup ini indah...

Monday, March 3, 2014

Melukis Komik

Aku melukis komik. Sudah lama aku berusaha menghasilkan komik. Bagi yang mengikuti blog aku, tentu sudah tahu bukan? Buat masa sekarang aku sedang mendapat tunjuk ajar dari seseorang. Sebelum ini pun sentiasa dapat tunjuk ajar daripada mereka-mereka yang lebih berpengalaman.


Aku harap, pembaca-pembaca blog aku sokonglah komik aku ya? InsyaAllah aku cuba ketengahkan bakat dalam bidang ini. Bakat tak banyak, sebab itu kena lebih rajin.

Sedikit lakaran buat masa ini.

Jumpa lagi dalam post akan datang, InsyaAllah.. 

Hidup ini indah!!!



Friday, February 14, 2014

Kisah zaman kanak-kanak (Geng 4A)

Setiap orang ada kisah zaman kanak-kanak mereka. Aku juga tak terkecuali. Makin usia meningkat dewasa ni, makin kerap pula terkenang zaman kanak-kanak. Zaman kecil, jujur dan tak berdosa. Patutlah indah sekali.

Apa yang aku nak cerita kali ni, kisah ketika aku darjah dua. (Darjah dua, aku masih pakai skirt lagi di sekolah) Aku berada dalam satu geng. Geng yang wujudnya secara semula jadi. Biarlah aku panggil geng itu dengan nama '4A'. Ini kerana kebetulan pula kami berempat yang berada dalam geng tersebut, nama bermula dengan huruf A.



4A terdiri daripada Amna (aku), Asyraf, Ayu dan Adam. Bagaimana geng ini boleh terbentuk? Kisahnya begini, cikgu kelas tidak mahu kelas bising, jadi cikgu telah atur tempat duduk dalam kelas selang seli lelaki dan perempuan. Pada pandangan cikgu, kelas akan senyap jika begini. Sebab perempuan dan lelaki tidak berkawan. Tapi nampaknya cikgu silap. Kami terlalu kanak-kanak pada ketika itu. Sekejap sahaja, kami berempat boleh berkawan. Bukan kami kisah lelaki atau perempuan. Kanak-kanak memang mudah berkawan.


Disebabkan aku duduk disebelah Asyraf, memori aku bersama dia lebih banyak berbanding memori aku bersama Ayu dan Adam. Yang paling aku ingat, aku dan dia selalu berlawan salin tulis dari papan hitam, siapa lebih cepat. Ada ketikanya Asyraf menang. Ada ketikanya aku yang menang. Tapi entah kenapa aku lebih ingat memori ketika aku yang menang. Kenapa ye? Hehe.. Oh.. rupanya sikap suka berlawan dengan lelaki ni, aku dah miliki sejak kecil. Buruknya perangai. Bawa perangai begitu sehingga ke universiti.


Aku ingat lagi, Asyraf kalau lumba tulis cepat dengan aku, sampai bergegar gegar meja. Muka dah hampir ke permukaan meja. Lidah terkeluar. Keadaan aku sendiri pula macam mana pula ya? Tak ingat. Tapi agaknya aku comel kot. (ceh..)


Biasalah kanak-kanak. Ada waktu bergaduh juga. Err.. kerap jugalah bergaduh. Tak ingat apa punca gaduh. Tapi setiap kali bergaduh, aku di pihak Ayu, Asyraf pula di pihak Adam. Bela kawan sejantina saja. Apa yang aku ingat, nakal juga Adam dan Asyraf apabila mereka bergabung.


Gaduh, gaduh juga. Tapi ada juga waktu kami ketawa bersama. Aku ingat lagi pada suatu hari.. ada seorang budak perempuan dari kelas yg terletak bertentangan dengan kelas kami. Budak perempuan tersebut comel, berambut panjang, diikat. Sebenarnya aku tak ingat pun wajah budak perempuan itu. Budak perempuan itu bernama Ayuni. (Nama mula dengan huruf A juga) Ayuni sedang menyapu lantai kelasnya. Asyraf yang berada di kelas kami ternampak dia, tiba-tiba saja Asyraf menjerit di pintu kelas: "Ayuni, Aku suka kau!" Kami bertiga terbahak-bahak ketawa. Hai.. kanak-kanak. Belajar dari TV agaknya?

Selepas tamatnya darjah dua, persahabatan kami pun tamat begitu sahaja. Seingat aku, Ayu masih selalu berjumpa aku walaupun sudah berlainan kelas, itupun sehingga darjah lima saja. Selepas tu tak dengar khabar lagi darinya. Adam dan Asyraf pula, aku langsung tak tahu apa khabar mereka. Pernah juga aku terdetik nak mencari mereka semula ketika aku dah besar /tua ni. Tapi memandangkan nama penuh mereka pun aku tak tahu, tak dapatlah nak mencari melalui FB. Entah-entah ada diantara mereka kini dah ada anak dah. Siapa tahu.

Begitulah sedikit kisah zaman kanak-kanak aku. Uniknya kanak-kanak, mereka boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Andai Ayu, Asyraf atau Adam ada terbaca ini, jangan segan silu, silalah tegur Amna. Hehe.. Jika ada lah.. Jadi, anda yang lain, bagaimana kisah kanak-kanak anda?

Zaman kanak-kanak itu indah.. Hidup ini indah...




Wednesday, February 5, 2014

Kucing dan Tuan Kucing

Kucing adalah haiwan kesayangan ramai manusia. Ramai manusia hidup bersama kucing. Itu normal lah kan. Tapi, apabila kita hidup bersama haiwan ini, tidakkah lama-kelamaan haiwan ini menyerupai kita? Sudah agak seketika, aku mula menyedari bahawa adakalanya tabiat atau perbuatan kucing aku, menyerupai aku. Ini adalah beberapa contoh yang aku sedar. Tak banyak buat masa ini.


Selepas membasuh kaki, sebelum keluar dari bilik air, biasanya aku renjis dulu kaki. Ya.. kucing selepas terpijak tempat basah, begitu jugalah dia renjis kakinya.


Jika cahaya terang sangat apabila hendak tidur, aku akan menutup mata menggunakan lengan. Si kucing juga buat begitu.


Sebelum tidur, suka-suka goyangkan kaki. Seperti kucing goyangkan ekor sebelum tidur.

Sama bukan?!!! Kucing tiru aku atau aku tiru kucing sebenarnya? Sesiapa yang ada membela kucing, mungkin anda juga perasan, ada beberapa tabiat kucing menyerupai manusia. Ya kan?

Nanti aku kumpulkan bukti banyak-banyak lagi. Aku akan cerita lagi pada masa akan datang. Hidup ini indah...