Wednesday, June 19, 2013

Sebab ia PINK !

Setiap hari, aku akan membawa sweater ke tempat kerja. Ini kerana tempat kerja ku sejuk macam peti sejuk. Memang kena pakai sweater la. (Tapi, rakan-rakan sekerja yang lain kata tak sejuk pun) 

Pada suatu hari, aku runsing kerana sweater ku masih belum kering kerana baru malam semalam aku basuh. Terpaksa hidup satu hari tanpa sweater la nampak gayanya.




Adikku Tonah, cuba membantu. Dia beri aku pinjam sweaternya.... Tapi....







Err... ya, aku tak suka pink.



Tonah 4

Pada suatu malam yang biasa-biasa, aku menjalani hari biasa-biasa ku. Seperti biasa, malam hari kebiasaannya aku melukis ikut kehendak sendiri. Sebab siang hari aku dah kerja, kena melukis ikut skrip, jadi, malam hari aku nak la merasai lukis yang bebas, tidak ikut skrip. Seperti biasa, sambil melukis, aku menikmati minuman kegemaranku. Teh O panas buatan sendiri. Campur setitik Ribena dalam tu. Sedap...

Seperti biasa juga, aku akan tanya Tonah: "Nak Teh tak?" Kalau dia nak, aku akan buatkan dua cawan teh. Tapi, pada malam itu, dia kata tak nak. "Tak nak lah minum Teh. Nanti rasa panas..." Maka, secawan Teh sajalah untuk ku.




Seprti biasa juga, aku selalu terlelap sambil melukis. Dalam keadaan peralatan melukis masih belum kemas, aku terlena di situ. Kononnya nak bangun semula, tapi biasanya tertidur terus sampai esok.





Tapi, nak dijadikan cerita, pada malam itu, aku ada terjaga sebentar. Dalam keadaan separa sedar, separa mimpi, aku ternampak Tonah minum Teh yang aku buat untuk diriku. Tadi kata tak nak teh, tapi ini minum teh aku?!!!! Aku pun, dalam keadaan mamai, tegur dia. "Teh....." Aku tak ingat sangat apa aku cakap kerana mamai. Yang aku ingat, dia ketawa. Ketawa ya Tonah?




Keesokan harinya, aku tanya dia: "Kenapa ketawa semalam?" Lalu dia jawab : "Amna dah tidur, tapi masih pikir pasal teh."



Tuesday, June 11, 2013

Penulis yang serabut otak

Sudah beberapa post aku taip, tapi aku tidak menghabiskannya, lalu tersimpan saja sebagai draft. Terlalu banyak perkara hendak diceritakan, tak tahu nak tulis yang bagaimana. Yang meluahkan perasaan? Yang Mengutarakan pendapat sendiri? Yang menceritakan kisah hidup hari-hari? Yang bercakap tentang pemikiran sendiri?

Oh, aku seorang penulis yang begini rupanya. Penulis yang serabut otak. Entah cerita bagaimana harus ku taip.

Hei, baru-baru ini, aku kenal seseorang yang pendiam dan kacak. Oh, tak perlu la beritahu dia kacak. Cukuplah pendiam. Sebenarnya, bukan baru kenal. Dah lama kenal. Tapi baru saja aku menyedari kewujudannya kerana dia begitu pendiam. Apa yang aku nak cerita di sini, secara tak sengaja, aku terjumpa blog dia. Selepas  mengikuti segala penulisan di blognya, aku jatuh cinta pada blog itu. Wah, seorang yang pendiam, rupanya ada pemikiran yang luar biasa. Blognya terlalu bagus untuk aku. Seolah olah blog untuk tahap pemikiran yang tinggi. Aku merenung blog milikku sendiri. Blog yang menunjukkan pemikiranku yang kanak-kanak! Kemudian aku mengeluh sendirian.

Aku tak tahulah kenapa. Sebenarnya hidup aku baik-baik saja. Perjalanan karier ku semakin menuju ke arah masa depan cerah. Alhamdulillah. Tapi, dalam masa yang sama, ada satu perkara yang aku asyik gagal saja. Kegagalan begini buat aku benci diri sendiri. Mana ada orang lain yang gagal sebanyak aku. Rasa nak menangis setiap kali fikir. Tapi, untuk sedapkan hatiku, aku berfikir, takkanlah Tuhan nak beri kesenangan saja pada ku. Tentu akan ada kesusahan. Memandangkan Tuhan sudah permudahkan perjalanan karier ku, tentu ada perkara lain yang aku harus hadapi kesukaran. Bukankah begitu? (Taip sambil menahan sebak)

Aku rindu kucing aku. Tak sabar nak balik rumah, jumpa mereka.

Apa post ni? Cerita yang tak ada apa diketengahkan. Semuanya nak cerita di sini. Nampak tak? Aku memang sedang serabut otak...

Jumpa lagi pada post akan datang....


Sunday, June 2, 2013

Tonah 3





Haih... Tonah....






Tonah 2









Tonah ni, perangai dia memang macam-macam sikit. Yelah... Dulu dia adalah anak bongsu dalam adik beradik kami. Tapi, ketika dia berusia 8 tahun, dia dapat seorang adik. Jadi, dia bukan bongsu lagi dah. Sampai sekarang kitorang adik beradik panggil dia: "Bongsu-tak-jadi"

Silalah lawat blog Tonah. Lawat blog je! Siapa pandai-pandai nak berkenalan, ni haa... Kakak dia tunjuk penumbuk. Nampak? Hohoho....