Tuesday, January 15, 2013

Perkara tentang aku yang orang tak tahu, bila orang tahu, tidak misteri lagi dah

Tu dia... Panjang benar tajuknya. Ya, aku mahu bercerita tentang aku. Sesuatu yang orang lain tak tahu. Walaupun bila aku ceritakannya akan membuatkan aku kelihatan lemah, tapi aku buat keputusan untuk cerita juga. Sebab tak tahu nak mengadu pada siapa lagi dah. 

Ada sesuatu tentang aku yang tak ramai orang tahu. Cuma kawan-kawan terdekat yang selalu keluar jalan-jalan dengan aku saja yang tahu mengenai ini. Sebenarnya aku, sebenarnya aku.... aku tak pandai nak lintas jalan. Takut.  Betul, tak tipu. Aku mula sedar akan kelemahan aku ini semasa tingkatan satu. Aku jalan kaki ke sekolah bersama kakak aku. Tapi, setiap kali kakak aku tiada, aku kena ke sekolah sendiri. Ketika itulah aku sedar bahawa aku takut nak lintas jalan.

Tapi, kelemahan seperti ini bukan masalah besar. Sebab aku dah tahu cara nak selesaikannya dengan bijak. Aku cuma perlu tunggu sehingga ada orang lain yang hendak melintas jalan, selepas itu aku cepat-cepat ikut di belakang orang itu. Lama kelamaan, aku dah boleh lintas jalan sendiri. Bijak-bijak... Eh, puji diri sendiri pula.



Setakat takut hendak melintas jalan tu, hal kecil je. Ada perkara lain lagi tentang aku yang orang lain semua tak tahu. Rasanya cuma Umi aku yang tahu. Apa dia tu? Begini, sebenarnya, aku ada masalah mabuk kereta.  Mabuk kereta? Aku sendiri sukar nak percaya. Macam mana boleh mabuk? Hairan sungguh.

Bila naik kereta, ada kalanya aku mabuk. Bila dah mabuk, aku duduk senyap-senyap. Kalau sesiapa nampak aku dah senyap dengan muka monyok dalam kereta tu, haa... dah mabuk lah tu. Kadang kala, aku muntah. Pernah sekali tu, bila aku muntah, Abah aku tanya pada Umi aku: "Aik? Orang lain yang demam, dia pula yang muntah?" Lalu Umi jawab: "Diakan mabuk kereta..." Jadi, tahulah aku bahawa Abah tak tahu aku ada masalah mabuk kereta. Aku tak pasti adik beradik aku tahu atau pun tidak mengenai aku mabuk kereta ni. Kalau kawan-kawan, memang tak ada sorang pun tahu. Tidak ada orang yang tahu kecuali Umi. Sebab masalah begini, orang tak nampak. Setiap kali mabuk, aku senyap. Jadi tiada siapa tahu. Umi tahu kerana Umi seorang Ibu. Seorang Ibu sememangnya tahu segala-galanya mengenai anaknya. Betul bukan?


Mabuk kereta? Ini mengingatkan aku pada seseorang lah... Siapa ya? Oh ya!!! Natsu dari Fairytail! Anda kenal Natsu dari anime Fairytail? Dia mabuk kenderaan. Muka kacak, tapi mabuk kenderaan. Sangat tak cool.


Selain dari mabuk kenderaan. Ada lagi perkara mengenai aku yang ramai orang tak tahu. Aku ni, susah hafal jalan, susah tahu arah. Err.. masalah macam ni, apa nama dia ya?

Contah yang paling ketara, apartment yang aku sewa sekarang ni sementara kerja. Aku pasti benar bahawa apartment ini sebelah stadium. Tapi hairan, mengapa dari tingkap bilik aku tak nampak stadium? Tingkap bilik aku berada dari arah mana apabila dilihat dari luar apartment? Depan? Belakang? Tepi? Sehingga kini aku belum dapat jawapan. Adakah penjelasan aku boleh difahami?

Contoh yang lain, pernah aku bersembang dengan housemate. "Tadi saya pergi 7e" Sambil tangan menunjuk ke arah kanan. Lalu housemate menjawab: "Owh, 7e sana?" Sambil tangan tunjuk ke arah kiri. Err... Itulah masalah aku. Sukar mengenalpasti arah. Ada ke orang lain yang memiliki masalah sama seperti ini? Tak pernah dengar pun.





Orang yang memiliki masalah sama begini, aku tak pernah jumpa. Tapi watak anime yang selalu sesat tu, aku tahulah. Ryoga dari anime Ranma 1/2, dan Roronoa Zoro dari anime One Piece. Anda kenal dengan mereka? Mereka memang selalu sesat dan tak tahu arah. Adakah aku berada dalam katogeri sama seperti mereka?


Takut melintas jalan, mabuk kenderaan, dan tak tahu arah. Apa lagi tentang aku  yang orang tak tahu dan tak sangka? Oh, baru baru ini, aku sedar satu lagi kelemahan yang aku miliki. Apa dia tu? Aku... err... bagaimana nak beritahu ya? Begini, sebenarnya aku, aku... err... aku... tak pandai bawa kereta!!!!

Tolong jangan ketawa, hampir setiap hari aku mennagis bila terkenangkan ini. Aku sudah datang kelas memandu lebih banyak daripada orang biasa. Tapi aku tetap begitu. Bila difikir-fikirkan semula, semua kelemahan yang aku nyatakan tadi, semuanya ada kaitan dengan jalan. Aku ada masalah dengan jalan la kot. Bawa kereta juga sesuatu yang mengenai jalan.

Aku tak suka betul bila terfikirkan ini.... Tidak pandai membawa kereta, maka aku sama seperti.... korang pun tahu bukan...



Sama seperti Spongebob Squarepants. Huh...


Itulah kisahnya... Aku tulis di sini bukanlah sebab nak beritahu semua orang bahawa aku tak pandai bawa kereta. Tapi aku pun tak tahu nak mengadu pada siapa. Tak ada orang boleh beri nasihat yang membantu. Aku cuma berharap, semoga sesiapa yang terbaca ni, tolong doakan aku dapat menerima ilmu memandu kereta dengan mudah. Aku sedang cuba. Bukannya aku tak cuba.

Ok lah... Itu saja. Jumpa lagi.



Tuesday, January 8, 2013

Bila terlebih berfikir


Baru-baru ni, di tempat kerja aku,
aku kena melukis watak super hero.




Dapat pula tugasan untuk membuat super hero itu melompat.
Bukan sebarang lompat, tapi lompat sambil berpusing ke belakang,
kemudian mendarat dengan dua kaki.



Setelah berfikir dan berfikir dan berfikir,
aku tersedar sesuatu.
Apabila super hero itu mendarat, cape nya, pasti menutupi mukanya.
Ya, secara logiknya, jika benar manusia lompat sebegitu sambil memakai cape, 
pasti kesudahannya, cape menutup muka.
Benar bukan?




Bayangkan super hero yang segak,
tapi tiba-tiba cape tutup muka begitu.
Kelihatan amat kelakar.
Ketawa lah aku.
Rupa-rupanya, super hero yang memakai cape sangat tidak bergaya!



Aku ketawa, ketawa dan ketawa...
Lalu rakan sekerja di sebelah menegur:
"Kartun je.. jangan fikir logic sangat..."


TAMAT




Thursday, January 3, 2013

Kisah 2012

Tahun 2012 sudah pun berakhir. Bermulalah tahun baru. Tahun yang penuh dengan perancanagan. Maka, aku sekadar ingin bercerita kembali apa yang telah aku tempuhi dalam 2012.



2012 adalah tahun yang buat aku rasa amat panjang. Mungkin kerana pelbagai perkara terjadi dalam tahun tersebut. Maklumlah, aku berada di semester akhir, aku dapat kerja dan aku konvo, semuanya berlaku dalam satu tahun yang sama, 2012.

Aku dapat rasakan aku makin matang dalam tahun tersebut.  Tapi, sematang-matang aku, aku tetap kebudak budakan. Macam mana tu?

2012, adalah tahun penuh perpisahan bagi aku. "Bertemu dan berpisah adat manusia biasa... Hilang di mata tapi di hati tidak lupa..." Tiba-tiba teringat sebaris lagu ini.

Aku berpisah dengan Bubu, si jantung hatiku.
Perpisahan yang selama-lamanya kerana
perginya Bubu memang tak akan kembali.
Tapi, terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk mengasihi haiwan unik ini.



Aku juga berpisah dengan rakan-rakan Degree.
Tapi aku sedar,
perpisahan ini adalah untuk kebaikan masing-masing kerana
kami semua pergi memburu impian masing-masing.
Semoga kita berjumpa lagi.
Ini adalah rakan-rakan susah senang bersama dari department aku, Fine Art.
Rindunya.. kami sentiasa bersama.
Tidur pun sebilik.


Seterusnya, aku berpisah dengan dua orang adikku 
kerana mereka melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
Tapi, dalam masa yang sama, aku turut rasa gembira bagi pihak mereka.
Ya, tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China,
Itu pepatah orang dulu-dulu.
Selepas adikku, kakak ku pula kena ke Sarawak.
Tapi sekurang-kurangnya, Sarawak tidak sejauh tempat dua orang adikku ni.






Habis kisah perpisahan. Aku harus terus maju ke depan. Maka, sebulan selepas hari ulang tahun kelahiranku, aku mendapat satu kerja. Kerjanya adalah sesuatu  yang aku amat minat. Syukurnya terasa...



Hari yang paling bermakna dalam 2012 adalah, hari konvokesyen ku.


Selamat tinggal 2012, selamat datang 2013!!!!! 


Saturday, December 22, 2012

Perkara yang aku teringin lakukan apabila stress

Setiap orang pernah mengalami stress. Aku juga begitu. Ada kalanya, aku stress kerana masalah di tempat kerja ku. Bila stress begini muncul, otak aku juga muncul beberapa idea aneh.



Berikut adalah dua perkara yang aku teringin nak lakukan apabila stress:



1. Gigit komputer di depan ku

Alangkah puasnya hati ni kalau aku dapat gigit benda teknologi depan aku tu 
menjadi serpihan-serpihan kecil.
Umpama seekor jerung membaham mangsa.
Oh, memang aku selalu sangat terasa nak buat begini.



2. Beri Kamehameha


Apabila stress aku lebih teruk berbanding biasa,
aku tak terfikir dah nak gigit komputer tu.
Aku nak tukar segala geram ku menjadi kuasa Kamehameha,
lalu lepaskan ke arah komputer tak berotak itu.
Pancaran sinar dari Kamehameha ku bukan sahaja merosakkan komputer,
malah memusnahkan seluruh ofis tempat aku bekerja.
Seterusnya, semua pekerja kena pulang ke rumah masing-masing kerana ofis sudah musnah.
Puas hati aku.

*Siapa tak tahu apa tu Kamehameha? Google laa..




Namun, apabila masalah selesai dan kerjaku menjadi seperti apa yang aku inginkan, satu perasaan luar biasa timbul di hati ini. Perasaan itu indah sangat. Terasa seperti nak menari saat itu juga di atas meja yang sama. Moral dari cerita ini ialah: "Kejayaan selepas kegagalan amat menggembirakan..."




FAKTA: TIDAK ADA LANGSUNG PERKARA SEPERTI YANG DINYATAKAN DI ATAS, BENAR-BENAR DILAKUKAN AKU. INI KERANA BIMBANG AKAN DIBUANG KERJA AKIBAT DISALAH ANGGAP SEBAGAI ORANG GILA.





Anda pula bagaimana? Tidak ada ke perkara yang anda teringin lakukan apabila stress?



Monday, December 17, 2012

Skype dengan budak berdua

Dua orang adikku kini jauh diperantauan. Sorang di US, sorang di Canada. Tapi, baru-baru ini, yang berada di Canada tu, melawat yang berada di US tu. Aku berkesempatan ber skype dengan mereka berdua. Ada timbul rasa lega juga melihat mereka berjumpa satu sama lain. Yelah, mereka dua-dua jauh dari famili. Sekurang-kurangnya, diorang jumpa berdua je, aku tahu yang mereka saling menjaga satu sama lain. Alhamdulillah...

Aku rasa bertuah sungguh lahir di zaman yang memiliki skype. Senang je nak tanya khabar. Tidaklah kena tunggu surat yang berbunyi:

"Kehadapan kekandaku si Gadis Misteri.. Dinda Tonah telah selamat berjumpa kanda Dibah yang kini ternyata lebih gemuk berbanding dulu..."

Tak perlu surat-surat begitu. Skype sangat mudah. Adikku boleh sembang dengan ku sambil menjamah makanan tanpa hulur sedikit pun kepada ku. Cis.. aku lapar. 


Lepas tu, nak high five pun boleh. Baru sebentar tadi aku high five dengan adik aku melalui skype, tetapi seketika kemudian, aku tersedar sesuatu. "Eh, aku bukan tepuk tangan dia.. aku tepuk laptop kesayangan ku sendiri!" Itulah... Ini semua gara-gara adik aku lah yang tiba-tiba kata: "Amna, sep!!! (high five)".


Itulah kisah aku ber skype dengan dua orang adikku. Amat merindui mereka memandangkan kami memang rapat sejak kecil, membesar bersama-sama, berkongsi segala cerita, bergaduh hari-hari... Terima kasih Ya Allah kerana memberiku adik beradik. Semoga mereka selamat dunia akhirat...