Saturday, February 11, 2012

Mata untuk melihat

Pada satu malam yang tak berapa nak dingin tapi tak pula panas, aku tekun menyapu warna pada permukaan kanvas. Biar pun masih belum kelihatan imej pada kanvas ku, aku berhenti seketika untuk pergi potong keropok lekor di dapur buat hidangan makan lewat malam ku.

"Cantiknya..." Terdengar suara Abah memuji. Aku yang berada di dapur pun kehairanan la. Apa yang Abah puji? Painting aku belum pun ada rupa untuk dipuji. Aku segera menuju ke Abah. "Apa dia?" Abah jawab: "Tu, cantik.. ada muka orang." sambil tunjuk ke arah tempat aku bancuh warna atau dalam sebutan Inggeris nya; palette.

Inilah rupa palette ku:


Ya, palette yang hanya tempat aku bancuh warna tu, Abah kata ada imej muka orang. Agaknya, begitu la kot mata seorang pelukis. Nampak benda-benda yang kita tak jangka. Abah memang seorang pelukis pun. Aku orang biasa je. (Bakal pelukis, InsyaAllah) Jadi aku tak perasan lah apa-apa yang luar biasa mengenai palette tu. Tapi selepas itu, aku nampak dah apa yang dimaksudkan Abah.

Korang nampak? Mari aku tunjukkan:

Betullah! Ada muka orang!

Itulah dia keajaiban 'melihat'. Kita semua mungkin melihat benda yang sama, tapi kita mungkin nampak benda yang berbeza.

Pelik ke apa aku kata ni? Baik, ada lagi satu contoh. Ada seorang sahabat aku dari group 'We Love Art', Azhunk Awang. Dia melukis satu imej secara spontan tanpa dirancang. Imej itu berasal dari tulisan nombor '3'.

Inilah lukisan tersebut:
Lihat! Dari nombor '3' menjadi satu binatang.
Sebab ini adalah apa yang dia nampak dari nombor '3'.

Pernah tak lihat awan, selepas tu nampak pelbagai imej di awan? Aku selalu nampak. Sebab tu aku suka awan. Mari main satu permainan! Lihat awan di bawah ini, nampak apa?

Ini apa yang aku nampak:
Ibu penyu yang boleh terbang dan memakai cape, bersama anak penyu yang tak boleh terbang. Korang pula nampak apa?

Secara keseluruhannya, aku cuma nak kata, aku kagum dengan mata yang boleh melihat lain dari yang lain.

Sampai di sini saja dulu. Terima kasih sudi singgah sini. Nanti singgah lagi ya? Oh ya, teringat satu buku tu, 'Ways of Seeing' tajuknya. Menarik juga buku tu . Setahun yang dulu kot aku bacanya.


Friday, February 10, 2012

Aku masih mengejarnya

Aku nampak cahaya di depan. Aku terus kejar cahaya itu. Perjalanan aku mengejar cahaya itu dari dulu sehingga kini, masih belum berakhir. Namun, aku tetap mengejarya. Kerana aku harapkan, masa depan yang cerah menanti aku.


Sepanjang aku mengejarnya, mungkinkah sebenarnya aku tak sedar bahawa aku kehilangan benda-benda yang penting?
Terlupa untuk menoleh belakang,
aku terus mengejar yang di depan.




Wednesday, February 8, 2012

Terbang!


Semalam, aku berada di tempat yang amat tinggi. Aku ni memang takut pada ketinggian. Aku berasa gayat sehingga kaki aku sejuk, dan tangan aku berpeluh. Aku berpaut pada dinding dan tak berani untuk melangkah.

Tetapi, seketika kemudian, aku dapati diri aku sedang terbang. Aku boleh terbang rupanya. Dengan sungguh bergaya, aku merentasi langit. Perasaan aku ketika itu, kegembiraan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.



Selepas itu, aku tersedar. "Oh.. mimpi rupanya.."


Saja berkongsi cerita ini kerana aku dapat satu pengajaran: "Kalau kita cuba atasi kelemahan kita, kita akan dapat pulangan yang memuaskan". Betul tak?

Tuesday, February 7, 2012

Di hadapan cermin

Apabila kau melihat cermin, apa yang kau nampak? Seorang perempuan cantik? Seorang lelaki kacak?

Pernah tak kau berasa kecewa kerana perangai kau tak secantik atau sekacak rupa yang di dalam cermin itu?

Aku? Ya, sejujurnya aku kecewa..



Girl Before a Mirror, karya Picasso. Sekadar gambar hiasan.


Sunday, February 5, 2012

Curi masa sekejap...

Salam semua... sihat?


Hehe.. lama betul aku tak jenguk blog aku ni.
Maaf, dah berdebu berhabuk dah..

Tak ada apa sangat untuk disembang.
Tapi nak berkongsi satu gambar comel~
Lihat ni:
Ini Bubu dicelah-celah lembu kepunyaan kakakku, Ilham.



Itu saja. Jumpa lagi!!!


* Aku ada terbaca satu kisah yang amat meninggalkan kesan pada aku. Aku cadangkan, korang pun bacalah. Klik sini.