Thursday, July 21, 2011

Sebenarnya...


Sebenarnya kan, sebenarnya kan,


sebenarnya...



....



Sebenarnya, aku melukis komik...


Aku dah melukis komik sejak dulu lagi. Sejak sekolah rendah lagi. Kawan-kawan sekolah rendah dan sekolah menengah aku, ramai yang dah membaca komik aku. Tak tahulah mereka ingat lagi ke tidak.

Tapi, selepas tamat sekolah menengah, komik aku, tiada pembaca!

Lebih tepat lagi, sejak aku masuk Art and Design, aku menyedari bahawa komik aku teruk. Maka, aku terus berusaha untuk membaiki, dan aku tak berani tunjuk pada masyarakat lagi.


Sedar tak sedar, sudah setebal ini komik aku.
Tapi kebanyakannya lakaran dengan pensel sahaja...



Aku bercadang nak bermula semula. Nak buat semula yang lebih elok. Ada sesiapa boleh beri nasihat? Aku patut bermula dengan apa? Bagaimana nak buat tone? Bagaimana nak hasilkan komik yang baik? Bagaimana mahu mencari penerbit? Tolong ye.. Aku budak baru belajar.. Terima kasih...



Wednesday, July 20, 2011

Huhu..

Nak cerita ni.. Semalam kan, aku pergi satu opening di Balai Seni Lukis Negara. Sebagai student Fine Art, memanglah aku dah selalu hadiri event begini. Tapi kali ni, aku pergi bersama Abah. Bukan bersama rakan sekelas. Beza rupanya bila pergi dengan Abah. Abah orang lama dalam bidang ni. Ramai orang kenal abah kat sana. Serius.

Aku pula, tersipu-sipu segan, tersengih-sengih, apabila Abah kenalkan aku kepada artist-artist di sana yang mana kebiasaannya nama mereka ku lihat dalam buku liberal, tapi kini berdiri di depan aku. Luaranku nampak cool, namun dalam hati menjerit-jerit. Haha..

Tak ada apa nak diceritakan lagi. Aku di sana bukan sesiapa. Orang baru dalam bidang ini. Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi. Namun, inilah adat orang baru kan? Menandakan perjalanan masih jauh.

Saturday, July 16, 2011

Jawab ujian sejarah

Ni kisah zaman sekolah dulu. Semua orang dah sedia maklum bahawa aku memang benci sejarah! Tiba je waktu sejarah, aku angkat buku-buku aku, dan beralih ke tempat duduk belakang dalam kelas. Sedangkan, tempat aku depan sekali sepatutnya.

Aku ni jenis budak belajar. Tapi belajar subjek yang aku suka je. Sejarah memang tak belajar la! Haha..

Tibalah waktu ujian sejarah. Dapat je kertas, tak ada satu soalan pun yang aku boleh jawab. Sebab tak membaca langsung. Di tepi-tepi kertas tu, ada lah aku conteng-conteng buat gambar kucing.

Nak hantar kertas tanpa jawapan ke? Lepas tu, aku nampak la soalan: "Siapakah pengasas bla.. bla.. bla..." (Tak ingat soalan penuh) Aku pun pergi tulis jawapannya: "Amna" (nama sendiri)



Apabila cikgu memulangkan ketas ujian tersebut, baru aku tahu rupanya bukan aku sorang buat begini. Sebab cikgu cakap: "Siapa yang pandai-pandai tulis nama saya tu? saya bagi dia 'kha'. Pikir la sendiri 'kha' tu apa!"

Wah.. siapa yang tulis nama cikgu tu? Sekurang-kurangnya, aku tulis nama sendiri. Jadi masih dikira baik jugak la aku ni berbanding diorang. Haha...

Baru-baru ni, aku cerita lah kisah ini kepada adik aku, kakak aku dan Umi. Diorang gelak. Umi juga seorang guru. Mesti Umi tak suka perangai pelajar macam aku. Tapi benda dah lepas dah pun. Cikgu sejarah tak suka aku, tapi cikgu matematik suka aku. Haa.. oklah tu kan?

Sehingga kini, aku masih terfikir.. Apa itu 'kha'?


Friday, July 8, 2011

Hari Terakhir Praktikal...

Cepat sekali masa berlalu. Sedar-sedar, hari ini adalah hari terakhir praktikal aku... Gembira? Sedih? Entahlaa.. Gembira campur sedih kot...

Pemandangan dari surau Muzium, di sinilah aku dan kawan-kawan aku
makan dan tidur petang..




Ini lah library tempat kami duduk tiap-tiap hari.



Bersama mereka yang aku sayang..
Awal-awal dulu, aku mati matian ingat aku akan menghabiskan tempoh praktikal tanpa kawan.
Sebab aku datang sorang ke sini.
Syukur, berkenalan dengan mereka!
Gadis-gadis UNIMAS.




Masa ni kelakar. Bersemangat nak ambil gambar melompat.
Tapi asyik kabur je.
Lepas tu baru teringat, ada CCTV kat sini.
Lari!!!!!






Tamatlah kisah praktikal ku...

Cari Gali Artifak

Dalam minggu terakhir praktikal ku, aku berpeluang menyertai muzium ke tapak arkeologi di Bukit Malawati. Yea!!!

Ini pertama kali aku melihat sendiri aktiviti cari gali artifak, dijalankan di depan mata. Sebelum ni, tengok dari buku je. Hari pertama aku di Tapak arkeologi, sangat teruk. Kena bantu gali tanah. Dah lah tanah keras. Tapi, seteruk-teruk kerja ini pun, sebenarnya aku suka. Sambil-sambil korek tanah, duduk di bawah pokok, menikmati tiupan angin, rasa bahagia sangat. Berhenti seketika dari kerja itu, aku menikmati kopi. Aku melihat ke dalam cawan kopi, ternampak bayang-bayang pokok yang di atas kepala aku. Cantik.. Haruman kopi, tiupan angin, teduhan pokok, benda yang biasa bagi orang lain, tetapi mampu membahagiakan aku.

Ok, bahagia dah berakhir. Apabila pulang ke rumah, tangan terasa sakit dan lenguh akibat daripada kerja-kerja tadi. Tangan ini terkena kejutan budaya. Biasa pegang berus lukisan, tiba-tiba pegang cangkul. Aku tidur sambil menahan kesakitan di tangan kanan...



Hari ketiga aku di sini unik sikit. Hari ketiga adalah hari terakhir aku di tapak arkeologi. Aku tidak lagi menggali tanah dan buat kerja-kerja berat. Aku buat 'plotting'.

'Plotting' tu macam mana? Ia memerlukan pensel dan pemadam. Nampaknya ia tak jauh beza dari bidang aku. Yeke? Tapi ia memerlukan kertas graf. (Dah macam matematik pulak..) Tak apa, aku suka matematik masa sekolah dulu. Keseluruhan tentang 'plotting' yang aku faham ialah, ia ibarat melukis semula keadaan artifak di tanah, dari sudut pandangan atas, dengan skala yang betul. Maka, duduklah aku di situ menyiapkan 'plotting'.




Nampaknya ia tak sama dengan melukis. Lebih kepada mengukur. Tapi, ia mengingatkan aku pada 'measurement' yang belajar dalam kelas drawing masa part 1 kat diploma dulu.






Aku buat kerja dalam petak ini laa.. Ini rupa asalnya...



...dan ini yang aku hasilkan pada kertas graf...



*Di kiri, bawah yang ada dalam kertas graf itu ialah tangga batu. Ia tangga lama sehingga akar pokok membesar di atas tangga tersebut. Tapi tiada gambar penuh tangga tersebut. Yang aku lukis tu, sebahagian sahaja.