Wednesday, June 29, 2011

Tetamu yang tak diundang

Sepanjang menjalani praktikal, aku menyewa di sebuah rumah yang tak berapa nak besar. Di situ lah aku makan, tidur, bermalam selepas pulang dari praktikal. Aku menyewa bersama beberapa kawan-kawan lain.

Pada suatu hari, datanglah tetamu yang tak diundang. Dia adalah ibu tunggal kepada lima anak. Anak-anaknya kecil-kecil belaka. Aku dan kawan-kawan ku tidak sampai hati untuk menghalau ibu tunggal itu. Maka, menetaplah ibu dan anak-anak itu di rumah kami.

Sesungguhnya, ibu itu hanya meminta tempat berteduh. Apa salahnya kami benarkan. Tak menyusahkan kami pun. Anak-anak kecil ibu itu memang comellah! Sejuk hati melihat mereka. Kini, setiap kali pulang dari praktikal, kepulanganku disambut oleh anak-anak ibu yang comel~

Di sini, aku sertakan gambar-gambar anak-anak ibu itu. Comelkan?








Monday, June 27, 2011

Jangan Nakal ye?

Malam itu, aku menikmati makan malam di sebuah warung berdekatan bersama rakan-rakan serumah. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami menikmati makan malam di sini semenjak menjalani latihan praktikal.

Sedang kami menjamu selera, terdapat dua orang kanak-kanak perempuan bermain-main berdekatan dengan meja kami. Mungkin mereka ialah anak-anak peniaga di sini kerana dapat berkeliaran waktu malam begini. Kemudian, mereka berhenti di tepi jalan, dan bermain dengan pasir di situ.

Aku dan kawan-kawan aku mulalah mengata: "Ish.. kotorlaa..?" "Kalau ni adik aku, dah lama aku marah!" Sudah tentulah kitorang mengata perlahan-lahan sahaja. Mengata-mengata ni tak baik taw! Sebaik sahaja aku mengata diorang, tiba-tiba kenangan lama singgah di fikiran ku.

Bertahun-tahun yang lalu, mungkin ketika aku sama umur dengan kanak-kanak ini, aku juga pernah buat benda yang sama. Dulu, di halaman rumah Tok aku, terdapat banyak batu memenuhi tanah di kawasan tersebut. Aku dan sepupu-sepupu aku bermain-main dengan batu-batu di tanah samalah seperti yang aku lihat pada kanak-kanak ini. Umi aku melarang kami. Kotor, katanya.. Namun, aku tetap bermain. Puas Umi aku melarang berkali-kali, tapi aku degil juga. Seingat aku, sepupu-sepupu aku berhenti setelah dilarang berkali-kali. Aku saja yang masih berdegil.

Melihat kanak-kanak dua orang ni, aku hanya menggelengkan kepala. Menyesal mengata diorang. Aku dulu pun macam tu. Terus insaf. Kenapa lah aku tak dengar cakap Umi dulu? Pengajarannya di sini, cermin diri dulu sebelum mengata. Eh tak, lagi sesuai kalau: Dengarlah cakap ibu! Sekian...



Di Studio Abah

Sudah lama aku tidak menyentuh oil paint. Semenjak semester 4 berakhir, aku belum pernah bermain dengan oil paint. Bayangkanlah kegembiraan aku apabila dipelawa membantu painting Abah aku. Suka!!!! Suka!!! Suka!!!

Aku duduk di studio Abah, sambil lagu-lagu Fiq Mentor berkumandang menemani aku. Aku suka Fiq. Opss.. tertukar topik pula. Sebenarnya, aku nak cakap, aku suka studio. Aku sedang berangan untuk memiliki studio sendiri. Entahkan dapat ke tidak..

Abah minta tolong aku bantu paintingnya. Aku dengan beraninya, sapu segala warna yang aku mahu ke atas permukaan kanvas tersebut. Sebab apa aku berani sangat? Sebab kalau hodoh pun tak apa.. Nanti Abah akan baiki lagi. Hehe.. Yang penting, aku suka Oil Paint. Tu je..

Bercakap pasal kanvas, Ini kali pertama aku melukis di atas saiz besar begini. Tingginya 6 kaki. Sebelum ini, paling besar aku pernah guna pun, 5 kaki sahaja. Iaitu, ketinggian yang sama dengan ketinggian aku. (Nampak sangat lah aku rendah kan..) Hehe..

Satu hari bermain Oil Paint di studio. Puas hati!! Namun, karya tersebut masih belum siap. Tak apa, Abah akan siapkannya. Hehe.. Tak sabar nak tunggu pratikal habis. Dapatlah aku bermain dengan Oil Paint sepuas-puasnya!!!


painting Abah sebelum diganggu aku.
Belum siap.



ini selepas dikerjakan aku. Nampak kartun kan?
Tapi ini pun belum siap..

Thursday, June 23, 2011

Fine Art dan Aku

Aku sedang menanti praktikal aku tamat. Semester 4 aku sudah lama berakhir. Jadi, jika ditambah masa diploma 3 semester dulu, keseluruhannya, aku telah berada dalam dunia Fine Art selama 3 tahun.

Ye, 3 tahun. Aku bakal berumur 21 tahun beberapa bulan lagi. Aku rasa, 21 tu masih muda. Aku masih boleh belajar lagi kalau aku nak. Aku rasa nak belajar sesuatu LUAR dari Fine Art. Boleh tak? Nak kena bermula dari Diploma semula ke?

Fine Art, sepanjang pemerhatian aku selama 3 tahun ni, ia sesuatu yang hebat, cool, dan unik. Aku suka berada dalam Fine Art. Tapi persoalannya, adakah aku sesuai dengan Fine Art? Painting aku yang teruk lagi hodoh tu buat aku fikir berjuta-juta kali. Mungkin aku ni tak sesuai untuk Fine Art...

Aku suka melukis sejak kecil lagi. Tapi, melukis tak bermakna perlu berada dalam Fine Art. Banyak lagi kos lain yang perlu melukis juga. Mungkin ke ada tempat lain yang lebih sesuai untuk aku selain Fine Art? Aku takkan tahu selagi tak cuba kan?

Abah aku tanya, "Nanti nak jadi apa?" Lepas tu, selamba je aku jawab: "Nak jadi isteri orang kaya, nak duduk melukis kat rumah je." Abah aku gelak. Dia tanya lagi, "Habis kalau painting tak terjual pun tak apa laa?" Perlu ke menjual painting? Aku sekadar nak melukis. Inilah masalah aku sekarang. Aku tahu aku suka melukis. Tapi lukisan aku tak diterima masyarakat. Baik aku lukis untuk diri sendiri je.

Jangan salah faham. Menjadi isteri orang kaya dan duduk melukis di rumah tu, bukan cita-cita aku. Aku dah lama tiada cita-cita. Pernah memiliki satu cita-cita dahulu, tetapi cita-cita itu terpaksa dilupakan atas sebab ianya luar dari Fine Art.

Aku boleh capai cita-cita tersebut sekiranya aku ada keberanian untuk keluar dari Fine Art, ambil risiko untuk belajar sesuatu yang lain. Umur pun masih muda. Tapi agaknya, kenapa aku tiada keberanian tersebut?

Sebab aku dah sayang Fine Art.

Sunday, June 19, 2011

The best ABAH in the world..

Hari ni, semua orang sibuk tulis pasal bapa di blog masing-masing. Maklumlah.. Hari Bapa. Aku nak tulis pasal apa ya?

Aku nak bercerita asal-usul URL blog aku. Seperti yang korang lihat di atas, URL blog ni, amnashark.blogspot.com. Tapi, dari mana datangnya 'amnashark' tu? Hari ini, aku akan bongkarkan rahsianya. (Macam lah rahsia sangat..) Sebenarnya, sebab Abah laa... Hehe.. Abah aku panggil aku 'Amna Syak'.. Singkatan kepada 'Amna Syakira'. Maka, aku jadikanlah 'amnashark'.. Ok, Tamat...

Kesimpulannya, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal URL blog pun. Aku nak cerita pasal Abah. Tapi cukuplah cerita banyak tu je. Kalau cerita banyak-banyak lagi, hilanglah 'misteri' aku. Haha..

Selamat hari bapa...