Sunday, February 6, 2011

Sepupu Kahwin

Ada seseorang cakap, blog aku banyak pasal kenduri kahwin. Haha.. yeke?? Tak dinafikan, aku memang suka menghadiri majlis kahwin. Dapat memakai baju kurung, dapat bunga telur, paling best, mestilah sebab dapat berkumpul dengan sepupu sepupu.

Tak bley blah... Semasa kami (Sepupu-sepupu) berkumpul, entah macam mana, boleh terbuka topik 'umur berapa korang nak kahwin'. Haha... selamba je aku jawab: "29.." Aku rasa 29 tu umur yang sesuai. Tapi ramai yang kata umur tu lewat. Yeke?? Lepas tu, diorang ni ramai yang bercadang sekitar umur 25. Pengantin yang kahwin hari ni pun berumur 25. Alaa... nape korang rancang awal awal sangat? Nanti tinggal aku sorang. Huhu...

Hehe.. asal aku bincang topik ni kat sini?? Sila abaikan. Haha.. Tapi kan, dalam family ku yang besar dan ramai ni, aku risau. Keadaan semakin lama semakin berubah. Generasi anak sepupu semakin ramai.. Sepupu sepupu yg dulu bersama sama aku main kejar kejar, kini semuanya dah meningkat dewasa. Tak lama lagi, lepas sorang, sorang berkahwin. Aku tak ada hak untuk menghalang. Haha.. tapi tu semua kisah esok. Hari ni, aku cuma nak bersama sepupu-sepupu aku macam ni~




Saturday, February 5, 2011

Keindahan dalam hujan


Perjalanan ke studio masih jauh. Aku membawa banyak alatan seni hari tu. Beg aku agak berat. Tiba-tiba setitis hujan jatuh ke muka ku. Tidak.. tolonglah jangan hujan. Studio masih jauh, dan aku tak mahu laptop serta sketch book aku basah!

Aku mempercepatkan langkahku. Hujan makin lebat. Tapi pokok pokok di tepi jalan melindungi aku. Kurang sikit basah melalui jalan bawah pokok begini. Namun, aku tahu keadaan ini akan semakin teruk. Hujan makin lebat. Otak aku segera mencari jalan penyelesaian. Patutkan aku berteduh di mana mana bangunan dahulu? Sempatkah kalau aku nak lari ke studio ni? Atau aku harus berteduh di Kolej Kenanga yang berada paling hampir dengan aku sekarang? Tapi kalau aku berteduh nanti, risau pula hujan terus lebat dan aku terkandas di sana.

Bagai keajaiban, tiba tiba pertolongan datang. Muncul seorang perempuan menaiki motor berhenti di sebelahku. Dia menjemput aku menumpangnya walaupun dia tak kenal aku. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku menerima pelawaannya tanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir.

Alhamdulillah, aku tiba di studio dalam keadaan yang hanya basah sedikit sahaja. Syukur... Aku terhutang budi pada perempuan itu. Tapi aku tak ingat langsung rupa perempuan itu. Semoga Tuhan balas kebaikan dia. Indahnya kebaikan dia.. Seindah hari hujan. Aku suka hujan.

Jom buat marbling!

Dah lama tahu teknik marbling ni. Tapi, percaya tak, aku tak pernah buat pun!!! Setakat tahu sebab baca dari buku je. Jadi, hari ni masa di studio, tiba-tiba Nizar ajak buat marbling. Apa lagi, memang aku sertai lah!!




Friday, February 4, 2011

25 random facts about me~


Kakak aku, Ilham tag ni:

"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with
25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated" *wink*

  1. Aku perasan yang diri aku ni misteri. Hahaha..
  2. Aku suka nombor 2!!!
  3. Tinggi aku masa tingkatan 3 ialah 149cm, dan kini selepas 5 tahun berlalu, aku cuma naik 1cm.
  4. Benci mata pelajaran sejarah, dan pernah bergaduh dengan cikgu sejarah.
  5. Aku diploma di UiTM Alor Gajah, Melaka.
  6. Aku dan pontianak ada sangkut paut. (orang-orang tertentu tahulaa...)
  7. Suka bila hari hujan.
  8. Zaman sekolah sangat indah terutamanya masa form4 dan form5.
  9. Aku tak dapat bayangkan kehidupan aku jika aku bukan Fine Art.
  10. Aku tak suka jaga tepi kain orang, dan aku tak nak orang jaga tepi kain aku.
  11. Kagum sangat dengan peribahasa Melayu.
  12. Banyak buat hal sendiri berbanding terlibat dengan orang.
  13. Aku suka sangat kuih bahulu. Tapi sekarang, susah untuk jumpa bahulu sedap.
  14. Sekarang ni, teringin sangat nak jumpa ustaz dan ustazah yang ajar aku mengaji dulu. Kalau bukan diorang, aku tak tahu mengaji langsung.
  15. Sekarang ni, aku kagum sangat pada seseorang. Tapi dia tak tahu langsung. Aku gelar dia, abang misteri.
  16. Aku sangat serius.
  17. Aku tak boleh berenang.
  18. Suka sangat kat suara Fiq mentor~
  19. Pernah dapat gelaran yang bukan-bukan seperti: Ninfa, Mak tiri, Pontianak, Rika, Labuni, Cinta Laura.
  20. Aku betul-betul nak sumbangkan sesuatu pada bangsa aku.
  21. Aku suka tengok perempuan-perempuan yang comel!!! Tapi aku bukan les taw...
  22. Sedang mencari orang yang sudi lawan catur dengan aku. Ada tak sesiapa???
  23. Aku suka warna kuning.
  24. Aku percaya kekuatan terletak pada kecekalan.
  25. Aku menaip kesemua 25 ini dengan penuh berhati-hati supaya misteri aku terpelihara. Hahaha...

Orang tag aku, jadi sekarang aku nak tag orang pulak. Buat lah apa yang patut. Terima kasih~


* Banyak ni je aku tag..

Tuesday, February 1, 2011

Blog untuk artwork aku.


Memandangkan gambar-gambar artwork aku bersepah-sepah dan semuanya disimpan dalam folder berasingan, jadi aku ingat nak kumpulkan gambar-gambar tu setempat. Jadi aku buka blog baru yang aku khaskan untuk simpan artwork-artwork aku sahaja. Kalau senang-senang, lawatlah Gadis Misteri's Artworks. Ok? Terima kasih...