Wednesday, February 29, 2012

Jerit Macam Saya!

Baru-baru ni, aku suka jerit cara adikku, Tonah menjerit. Kakak aku gelak je..



Tapi, sudah tentulah Tonah tak akan tahu tentang perbuatan ku ini... Sehinggalah, dia terbaca post aku kali ini...

Selepas itu... bersambung di ruangan comments di bawah ni... Tengok apa dia balas.


Tuesday, February 28, 2012

Day 6- Most annoying anime character

Ini 30 days anime challenge dari Lily's Dukedom.

Most annoying anime character? Siapa ya? Ada beberapa watak yang ada dalam fikiran aku, tapi aku putuskan untuk cerita mengenai satu watak sahaja. Watak tersebut adalah watak dari anime Ouran High School Host Club.


Gambar di atas ni adalah ahli-ahli Host Club. Tapi bukan mereka watak yang annoying tu. Watak yang annoying tersebut adalah Renge.

Ini Renge.

Dia adalah pelanggan Host Club. Dia bising dan nak orang ikut cakap dia je. Huh~~~

Day 5- Anime character you wish you were

30 days anime challenges

Sudah beberapa hari aku tertangguh cabaran day-5 ini. Agak lama aku fikir. Susah juga untuk menemu jawapannya. Akhirnya aku buat keputusan. Watak tersebut yang aku berharap aku adalah dia, adalah watak Juna dari anime Arjuna.



Arjuna adalah satu anime yang kurang dikenali. Namun, ia mempunyai peminat-peminat tersendiri. Bak kata peminat-peminat Arjuna yang lain, mereka yang ada kesedaran tentang menjaga Bumi sahaja yang akan menyukai anime ini. Jadi, aku pun perasan yang aku adalah sebahagian daripada mereka. (Hehe.. perasan)

Ya, Arjuna adalah anime sains fiksyen yang membawa mesej menjaga alam semula jadi. Ia menyentuh pelbagai isu alam sekitar seperti pencemaran, racun serangga, makanan segera dan sebagainya.

Kalau mahu tahu lebih lanjut mengenai anime ini, sila tontonnya.

Monday, February 27, 2012

Aktiviti WLA yang aku sertai

We Love Art adalah satu group yang mengumpulkan blogger-blogger yang meminati seni. Aku mula menyertai group ini pada 23 November 2011. Tiga bulan telah berlalu sejak hari tersebut. Sepanjang tempoh tersebut, aku telah menyertai pelbagai aktiviti yang terdapat dalam group tersebut. Ini adalah semua karya ku untuk aktiviti-aktiviti itu:

Perang Superhero oleh Mohd Amin Aizuddin


Reka superhero untuk berperang. Ini adalah aktviti pertama aku di group ini. Meriah sekali aktiviti ini. Masing-masing pertaruhkan superhero yang pelbagai rupa dan bentuk. Canggih-canggih semua. Aku hanya menghantar seorang perempuan berbaju Melayu untuk bersilat.


Design Kasut oleh Athirah Akmal Aznan


Dalam aktiviti ini, Cik Athirah menyediakan lukisan sepasang kasut kosong, kemudian ahli WLA design di atas kasut tersebut. Gambar di atas adalah hasilku.



Design Donut oleh Athirah Akmal Aznan

Diberi donat kosong, di atas ini adalah hasilku. Saja buat tema binatang.


Selepas itu, tak sangka dapat smbutan dari ahli-ahli WLA. Mulalah beberapa orang tanya mengenai binatang pelik-pelik. Landak tak ada ke? Jadi, di atas ini adalah siri donut binatang eksotik.


Design Biskut oleh Manzarina Berntsz


Aku buat biskut kucing pelbagai ekspresi dan biskut huruf.


Design Jam oleh Keri Ikhwan


Aku buat dua jam. Yang pertama aku buat jam bertemakan art. Yang kedua aku buat main-main macam conteng-conteng saja. Tapi tak sangka yang kedua punya yang dapat 'like' dari ramai orang.



Design Kucing oleh cci


Ketiadaan idea menyebabkan aku jadikan kucing ini menyamar sebagai anjing. Bagaimana? Ok tak?


Design Kek Potong oleh Darwishah


Sebenarnya, Darwishah menyediakan sepotong kek yang comel untuk para peserta menghiasnya. Tapi aku buang kecomelannya dan jadikan ia menyeramkan. Aku namakannya 'The Spooky cake- For those who dare'



Make Over mannequin Face oleh Azhafizah



Aku hantar tiga penyertaan untuk aktiviti ini. Tapi dua yang mula-mula saja aku serius. 'Muka Tembok' tu aku dah main-main sebenarnya. Tapi dapat banyak 'like' untuk yang 'Muka Tembok' pula. Tak sangka.


***
Jadi, itu sajalah aktiviti-aktiviti We Love Art yang aku sertai. Sebenarnya, ada banyak lagi aktiviti group ni. Tapi ketika sibuk dengan hal pelajaran ku, tak dapat lah menyertai. Maaf ya penganjur kepada mana-mana aktiviti yang aku tak sertai. Masa yang tak mengizinkan.

Untuk pengetahuan semua,hasil kerja peserta lain, ada banyak yang kreatif-kreatif dan cantik cantik. Tapi, tak mampu untuk aku sertakan semua di sini. Akan datang, jika aku menyertai lagi aktiviti We Love Art, InsyaAllah aku akan tunjuk lagi di sini.


yang cintakan seni:
Gadis Misteri
Ahli We Love Art

Saturday, February 25, 2012

Hitam Putih yang Terancam



Ini Panda



dan ini Tapir.
(Hitam putih begini adalah Malayan Tapir. Ada lagi tiga jenis tapir yang lain)


Kedua-dua ini adalah hidupan terancam. Panda lebih popular dari Tapir. Mungkin kerana kecomelannya. Bila aku lihat Tapir, aku selalu teringat Panda. Sebab warna hitam putihnya seperti Panda. Betulkan? Tak dinafikan, aku sendiri juga rasa Panda lebih comel. Tapi memikirkan Panda dah cukup popular, baik aku ambil berat mengenai Tapir.

Lihat, betapa popularnya sang Panda sehingga ada membintangi filem. Contohnya ini:


Sang Tapir pun berkata: "Apa kurangnya aku? aku pun boleh!" Maka, ini sebuah filem yang akan datang ke pawagam anda:


Haha.. Gelak ye? Sekadar ingin menyampaikan mesej lindungi haiwan terancam. Sekian..


Thursday, February 23, 2012

Galeri Gadis Misteri



Selamat datang ke Galeri Gadis Misteri!
Jemput masuk,jangan malu-malu..

Hehe.. perasan ada Galeri pula.
Tak adalah, sebenarnya saja nak tunjuk artwork je.
Ini artwork-artwork yang kawan-kawan beri pada Gadis Misteri:



Ini dari Myra Araff.





Ini pula dari Faten Osman.




Itu saja. Jumpa lagi!!!


So you want to be a young curator?



18 dan 19 Febuari 2012, iaitu beberapa hari yang lepas, Aku mengikuti bengkel kurator, 'So you want to be a young curator'. Bertempat di HOM, dan di bawah tunjuk ajar Hendra Himawan.

Sebelum aku menghadiri program ni, apa yang aku tahu mengenai 'curator' ialah, seseorang yang menggantung artwork di galeri. Selebihnya, aku tak tahu apa curator buat, apa pentingnya curator dan apa sebenarnya fungsi curator dalam art scene. Serius, aku memang tak tahu. Bagaimana aku boleh tertarik untuk pergi sedangkan aku tak tahu apa-apa? ~Sebab perasaan ingin tahu aku tinggi sangat. "Mengapa sampai ada bengkel kurator? Mesti kurator ni lebih dari sekadar gantung artwork" Benar, begitulah fikiran aku pada mulanya. Datang kerana perasaan ingin tahu, bukan kerana minat.

Hari pertama hadir sudah cukup buat aku buka mata. Selama ini aku memandang sesebuah karya dari sudut pandangan artist yang menghasilkan karya tersebut saja. Tak pernah terfikir mengenai persekitaran karya tersebut. Pameran, galeri, orang yang turut menjayakan sesebuah pameran, orang yang cuba menyampaikan mesej sesebuah karya kepada audience. Tak pernah terfikir pun.

Apabila aku dapat tahu bahawa kurator mencatit sejarah art scene di sesebuah negara, barulah aku sedar, bidang ini berkait rapat dengan subjek minor aku, Liberal Studies. Malah, tugas kurator yang menghuraikan karya secara visual juga adalah apa yang aku pelajari dalam kelas liberal. Kini aku boleh senyum. Tak sia-sia aku ambil minor liberal.

Menggigil lutut aku apabila peserta lain semuanya dari galeri-galeri. Ada juga yang dari Balai seni. Aku dan dua orang lagi rakan ku sahaja yang merupakan pelajar. Tapi perbezaan begini bukan sesuatu yang buruk. Aku belajar banyak benda dengan hanya mendengar perbualan mereka.

Apabila peserta-peserta dibahagikan dalam kumpulan, aku berkenalan dengan ahli kumpulanku. Sejujurnya, aku tak menyumbangkan apa-apa kepada kumpulanku. Mereka terlalu hebat.Tak sempat aku berfikir, mereka sudah dengan pelbagai idea. Malah idea mereka hebat-hebat. Bila difikirkan, tentu kerana mereka sudah biasa melihat atau mengadakan pameran. Oleh itu, aku senyap sahaja. Pernah dengar peribahasa; air berkocak tanda tak dalam? Itulah sebabnya aku senyap. Aku tak nak berkocak, nanti kelihatanlah diriku bagai air yang tak dalam. Betulkan? Tapi, senyap juga menampakkan aku kurang ilmu. Tapi tak kisahlah. Mendengar perbincangan mereka saja boleh menambahkan ilmu ku yang kurang ini. Ahli kumpulanku baik, mereka nampak aku kurang faham dan mereka menjelaskan satu persatu kepadaku. Yelah, mereka tahu aku masih seorang student.

Setiap kumpulan membentangkan idea masing-masing. Selepas itu soal jawab dengan kumpulan yang membentang. Dalam sesi ini, aku nampak. Para peserta semuanya golongan bijak pandai. Setiap perbincangan kebanyakannya benda yang aku tak pernah terfikir.

Satu kata-kata Hendra Himawan yang cukup meninggalkan kesan kepadaku: "Jangan pernah memandang remeh kepada sesebuah pameran. Kerana dalam satu pameran mengandungi jiwa dan fikiran pengkarya, dan mereka yang terlibat dalam menjayakan pameran" Lebih kurang begitulah ayatnya. Aku tak ingat sebijik-sebijik. Tapi, ia cukup tinggalkan kesan kerana selama ini aku hanya fikir: "Jangan memandang remeh kepada sesebuah karya." Beza bukan? Aku hanya memikirkan karya, tapi tak terfikir dari sudut pameran.

Apabila segala-galanya telah tamat, aku berfikir macam-macam dalam perjalanan pulang ku. Tak sia-sia aku mengikuti program ini. Aku sedar sesuatu. Satu lagi pintu dihadapanku terbuka. Kini terpulang pada ku adakah aku mahu melalui pintu itu atau tidak. Buat masa ini, aku tak mahu melalui pintu itu. Tapi masa depan, siapa tahu..




*Semua gambar diambil dari HOM.


Day 4 - Anime you’re ashamed you enjoyed


30 Days Anime Challenge


Day 4

Anime you’re ashamed you enjoyed



Masa kecil-kecil dulu aku minat Sailormoon.
Apa gelak-gelak? Korang pun sama kan?




Tuesday, February 21, 2012

Day 3 - Your anime crush

Ini 30 Days Anime Challenge.

Ooo.. jadi hari ini kena bercakap mengenai anime crush pula ya? Aku senyum saja. Terfikir-fikir. patut mula bagaimana ya?

Aku mula dengan tunjuk satu lukisan aku ni:


Hehe.. perempuan yang di tengah-tengah itu ialah aku. Di kiri dan kanannya ialah Inuyasha dan Zoro dari One Piece. Tak tahu nak pilih siapa. Suka kedua-duanya sekali!

Aku dah bersama Inuyasha hampir 6 tahun taw. Baru je kenal Zoro ni, tapi suka juga! Haha..





Aku dah penah tulis pasal lelaki anime yang aku minat di sini dulu.

Ok, sampai sini dulu ya.. Apa? post aku ni agak gedik?

Biarlaa.. sekurang-kurangnya aku gedik dengan lelaki anime, bukan lelaki betul.

Jadi tak salah.

Haha... Sekian...




Makeover Me Contest Makeover Me Contest Makeover Me Contest




Korang, jom join contest ni.
Jangan risau, Alif cari kreativiti, bukan bakat.
Menarik? Berminat nak join?
Pergi blog Alif Ismail.


Kisahnya, Alif jemput aku menyertai ini. Dah lama, tapi aku tak buat-buat. Sebab tiada idea. Nak makeover bagaimana? Kemudian, aku terfikir. Aku Gadis Misteri. Apa kata aku jadikan Alif Jejaka Misteri? Tapi macam mana? Puas aku fikir, kemudian aku buat keputusan untuk jadikan Alif 'Phantom of the Opera'! ini lah dia hasilku. Bagaimana? Kelihatan misteri tak?

Alif, Phantom of the Opera


*Kalau sesiapa nak tempah lukisan potret, boleh e-mail amna_sya@yahoo.com ye..
*Alif, kalau nak gambar tanpa watermark atau nak lukisan original pos ke Alif, beritahu la.

Monday, February 20, 2012

Day 2 - Favorite anime you've watched so far


Ini hari kedua dalam 30 Days Anime Challenge.


Ye, aku dah terlalu gilakan One piece.

Anime kegemaran aku sentiasa berubah-ubah.
Tapi ketika sedang menaip ni, memang terlalu minat One Piece la.
Siapa belum tengok One Piece?
Cepat pergi tengok.
Tak rugi, boleh pecah perut ketawa.
Bila babak sedih pula, memang boleh menangis aku.


Ok, itu dulu untuk hari ni.

Sunday, February 19, 2012

Day 1 - Very first anime



30 Days Anime Challenge

Join aktiviti ini dari blog Lily's Dukedom.

Macam best je. Lagipun dah lama tak tulis pasal anime di sini.


Untuk hari pertama, aku kena bercerita mengenai anime pertama yang aku ikuti. Anime apa agaknya? Sudah tentulah...



Doraemon!!

Sejak kecil dah tengok Doraemon. Entah umur berapa masa tu.
Masuk sekolah rendah, mula tengok Sailormoon pula.


Inilah dia antara anime awal aku.

Korang pula??


Monday, February 13, 2012

Aku Golongan 10%


Di laman DevientART aku, aku ternampak la satu polls ni. Saja suka-suka, aku pun jawab la satu soalan simple yang berbunyi begini :



Aku pilih jawapan yang kedua sebab memang begitu cara aku berkarya. Aku lebih senang dengan ada perancangan dahulu dalam menghasilkam karya.

Selepas menghantar jawapanku, aku melihat keputusannya:



Daripada 9812 orang yang mengundi, aku berada dalam kelompok 10%. Kelompok paling kecil. Maksudnya, daripada 9812 artist, aku berada dalam jenis artist yang paling sikit.

Bangga? Malu? Tak tahu la rasa apa. Sebab aku tak tahu pun mana jawapan yang baik. Mana-mana pun ok agaknya.

Mungkin juga aku suka sebenarnya. Sebab aku suka jadi orang yang berbeza dariada orang sekeliling..





Saturday, February 11, 2012

Mata untuk melihat

Pada satu malam yang tak berapa nak dingin tapi tak pula panas, aku tekun menyapu warna pada permukaan kanvas. Biar pun masih belum kelihatan imej pada kanvas ku, aku berhenti seketika untuk pergi potong keropok lekor di dapur buat hidangan makan lewat malam ku.

"Cantiknya..." Terdengar suara Abah memuji. Aku yang berada di dapur pun kehairanan la. Apa yang Abah puji? Painting aku belum pun ada rupa untuk dipuji. Aku segera menuju ke Abah. "Apa dia?" Abah jawab: "Tu, cantik.. ada muka orang." sambil tunjuk ke arah tempat aku bancuh warna atau dalam sebutan Inggeris nya; palette.

Inilah rupa palette ku:


Ya, palette yang hanya tempat aku bancuh warna tu, Abah kata ada imej muka orang. Agaknya, begitu la kot mata seorang pelukis. Nampak benda-benda yang kita tak jangka. Abah memang seorang pelukis pun. Aku orang biasa je. (Bakal pelukis, InsyaAllah) Jadi aku tak perasan lah apa-apa yang luar biasa mengenai palette tu. Tapi selepas itu, aku nampak dah apa yang dimaksudkan Abah.

Korang nampak? Mari aku tunjukkan:

Betullah! Ada muka orang!

Itulah dia keajaiban 'melihat'. Kita semua mungkin melihat benda yang sama, tapi kita mungkin nampak benda yang berbeza.

Pelik ke apa aku kata ni? Baik, ada lagi satu contoh. Ada seorang sahabat aku dari group 'We Love Art', Azhunk Awang. Dia melukis satu imej secara spontan tanpa dirancang. Imej itu berasal dari tulisan nombor '3'.

Inilah lukisan tersebut:
Lihat! Dari nombor '3' menjadi satu binatang.
Sebab ini adalah apa yang dia nampak dari nombor '3'.

Pernah tak lihat awan, selepas tu nampak pelbagai imej di awan? Aku selalu nampak. Sebab tu aku suka awan. Mari main satu permainan! Lihat awan di bawah ini, nampak apa?

Ini apa yang aku nampak:
Ibu penyu yang boleh terbang dan memakai cape, bersama anak penyu yang tak boleh terbang. Korang pula nampak apa?

Secara keseluruhannya, aku cuma nak kata, aku kagum dengan mata yang boleh melihat lain dari yang lain.

Sampai di sini saja dulu. Terima kasih sudi singgah sini. Nanti singgah lagi ya? Oh ya, teringat satu buku tu, 'Ways of Seeing' tajuknya. Menarik juga buku tu . Setahun yang dulu kot aku bacanya.